Connect with us

Artis / Selebriti

” Adoi sweet sangat ni nyanyi sambil bertentang mata. Lagu kisah cinta BASS.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah menyanyi secara live chorus lagu single yang bakal dilancarkan beberapa hari lagi. Alahai bangga YB Saddiq sebab dia dah dengar yang full. Part Bella nyanyi sambil bertentangan mata dengan YB Saddiq tu melting tengok. Lagu untuk YB Saddiq yang sangat bermakna.. 

Sebagaimana yang diwar-warkan di akaun media sosial Bella Astillah, pada 26 September yang akan datang, Bella bakal keluar dengan single terbaru berjudul Akhirnya Kamu. Lagu ciptaan Daniesh Suffian ini juga turut menampilkan Daniesh sebagai pasangan duet bersama Bella.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fenomenabass, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella menyanyi lagu ini ketika sedang live bersama YB Saddiq. Kata YB Saddiq, lagu ini penuh dengan kegembiraan dan tiada lagi kesedihan seperti lagu-lagu Bella sebelum ini.

YB Saddiq juga sama seperti Bella teruja untuk menunggu lagu ini dilancarkan. Kata YB Saddiq, dia telah pun mendengar versi penuh dan menyukai lagu ini. Kata Bella, apabila dilancarkan, warganet perlu mengamati lirik lagu ini kerana ianya cukup bermakna.

Menerusi akaun rasmi Worldpeace Music pula, ada dimuatnaik sedikit intro lagu ini dan ada menyebut mengenai cinta pandang pertama. Kisah cinta Bella dan YB Saddiq diabadikan dalam lagu dan ini lagi membuatkan peminat tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu tersebut.

Jom tonton video di bawah :

@fenomenabass

wauuu..nice lagu baru Bella 🥰🥰🥰#vitaminbass #foryoupage❤️❤️ #bellaastilahsyedsaadiq #fenomenabass @Bella Astillah @Syed Saddiq

♬ bunyi asal – FeNoMeNa_BASS🤍✨ – FeNoMeNa_BASS🤍✨

@worldpeace.music

Siapa excited untuk Akhirnya Kamu? 🙋🏻‍♀️ Korang berpeluang untuk hadir ke Majlis Pelancaran Akhirnya Kamu pada 6hb oktober ini!!!! Kepada siapa yang nak datang, boleh join contest presave untuk memenangi peluang eksklusif ni tau guys! ✨ @Daniesh Suffian @Bella Astillah @UMUSIC MY – link presave here 👉🏻: https://danieshsuffian.lnk.to/AkhirnyaKamu See you guys there 👋🏼 #fyp #danieshsuffian #bellaastillah #bass #MuzikMalaysia

♬ Akhirnya Kamu – Bella Astillah & Daniesh Suffian

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Patutlah smlm dlm live lain macam bangga waibe eh bila ckp psl lagu ni.. cinta pandang pertama rupanya.. Aiiii Terus berhenti menari lps kena renung dgn BA. Cair ler tu YB.. “

” Cinta pandang pertama kpada seorg lelaki yg tepat.. Lagu luahan hati mereka.. Suka , menzahirkan sesuatu yang tepat HEBAT percintaan BASS.. “

” Cinta pandang pertama untuk YB.. Bella kata hayati liriknya…utk YBSSSSSSS le tu.. Akhirnya kamu.. Mmg meletop ini lagu kisah cinta betul cinta BaSS.. “

” Cinta pandang pertama adalah akhirnya YB.. semua ada dalam lagu ni.. Inilah dinamakan dalam hati ada taman. terbaik Bella dan YB. Semoga ke jinjang pelamin. Tak sabar nak dengar keseluruhan lagu Akhirnya Kamu.. “

” YB ni kalau bab Bella, dia jd mcm budak2 tau.. nak berlagak ajer, “I dah selalu dengar dah”.. eleh, nak menunjuk la tu.. siap panggil sayang lagi, fuh.. “

” Adoiiiiiiii sweet sgt ni nyanyi sambil pandang. Gila da aku gelak sorang2, guling2 atas katil ni.. “haha.. dunia sudah pulih”..YB kata.. hepinya YB buat seorg yg sgt diberi perhatian olehnya… terharunyaaa.. “

” That song special devoted dri bella to YB. cehh yB.. saya dah dengar.. bangga eh.. untung nyer yB dapat dengar Bella nyanyi dulu.. happy ya.. BASS kesayangan punya pasal, kami tunggu dengan sabar .. “

Bella sendiri begitu teruja untuk launching single barunya itu. Lagu khas yang dicipta untuk YB Saddiq dan ianya menggambarkan perasaan Bella yang sedang dilamun bahagia sekarang. Untung YB Saddiq dapat lagu special daripada insan tersayang. Akhirnya dia yang membawa pelangi dalam hidup tanpa diduga.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Fenomenabass, Tiktok wp.music

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Glas2glow

Trending

Copyright © Berita Kopak