Artis / Selebriti
” Adoi sakit perut gelak. Tak boleh lah tengok muka Mirul terkejut tu, haha.. ” – Komen Netizen

Rekod video We Listen and We Don’t Judge trend, gelagat Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz buat warganet terhibur. Masing-masing banyak rahsia rupanya. Part cerita telur tu paling lawak, terkejut Mirul bila tahu. Seram tengok muka Mirul pandang Ain, haha..
Pengacara popular, Ain Edruce dan pasangannya, Amirul Hafiz memang sering menjadi perhatian warganet. Ain seorang yang kelakar dan riuh mulutnya, manakala Amirul pula seorang yang cool dan selalu kelihatan seperti blur sahaja. Walaupun berbeza karakter tetapi mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Meninjau entry terbaru Ain di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ain dan Amirul membuat We Listen & We Don’t Judge trend. Dari awal sehingga akhir, satu persatu rahsia yang mereka sorokkan selama ini dibongkarkan.
Banyak pengakuan daripada Ain yang membuatkan Amirul terkejut. Bermula daripada Ain menggunakan kereta Amirul, membuang baju Amirul gara-gara turun warna dan memasak telur bersama senduk cair, ekspresi wajah Amirul menggeletek hati warganet.
Part Amirul pula bercerita perbuatannya yang Ain tidak ketahui juga mencuit hati. Nampak sahaja Amirul ini blur tetapi boleh tahan nakalnya. Amirul membuat pengakuan yang akhirnya Ain yang naik geram. Last-last Ain yang angkat kaki dulu dan tidak sanggup meneruskan permainan. Nampaknya Amirul menang untuk trend kali ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sumpah ni paling ikhlas dan paling lawak. Sakit perut gelakkk lagi-lagi tengok reaksi muka Amirul tu.. “
” Pasal baju kena buang tu terkedip2 mata mirul HAHAHH.. Telor plastik… ainnnnn.. sakit eh hati nak marah tak boleh haha.. “
” HAHAHA…. adoiii skit perut ak gelak. Xleh la tgk muka mirul terkjut tu. Muka mirul dengar cerita telur tu. dia fikir nasib dia.. Semoga kekal la korang. Haha.. “
” Haha.. ni kira macam pengakuan masa salam raya.. muka mirul masa ain kata buang baju tu lawak.. “
” Kau memang gila eh in bagi laki makan telur campur plastik senduk haha.. Orang lain makan sikit je Micro Plastic. Mirul sesenduk gaiiisss haha.. “
” Haha bahaya ni, habis semua rahsia keluar.. elok lah tu, sorang makan yg expired, sorang makan telur plastik.. “
” Aku tak boleh betul tengok reaksi Mirul lepas Ain cerita tu.. nak2 citer telur campur senduk cair haha.. “
” Redha plastik dh sebati dlm perut, baju kena buang 5 helai… ending nya ain sendiri yg geram .. mirul pn blh tahap xnk membazir dibg nya butter expired… terhiburrr.. “
Lawak sungguh reaksi Amirul dan Ain apabila mengetahui apa yang disorok antara satu sama lain selama ini. Ain dengan makan makanan expired, Amirul pula makan telur bercampur senduk cair. Kalau lama lagi videonya, tentu lagi banyak tembelang yang pecah. Banyak yang unexpected, boleh terbeliak mata masing-masing, haha.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ain Edruce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Menyala YB Saddiq. YB betul-betul protect Bella. Takut dengar sound last tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Jarang-jarang jumpa orang bahan diri sendiri ni. Sakit perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen