Artis / Selebriti
” Adoi sakit perut dengar. Owner lagu ni dengar terus menangis Tok, haha.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Red cuba menyanyi lagu Fattah Amin dan Haqiem Rusli buat ramai terhibur. Tak tahu lah menyanyi ke baca sajak ni. Dato’ Red sendiri pun gelak dengar suara dia. Habis rosak lagu tu Tok Red, Ami pun boleh murung dengar, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan bekas suami penyanyi Adira Suhaimi, Dato’ Red di akaun TikTok, pasti mengetahui yang Dato’ Red atau mesra dengan panggilan Tok Red ini sekarang aktif menjalankan pelbagai perniagaan dan sering membuat video live mempromosikan produknya.
Tak kering gusi para pengikutnya jika menonton video live Tok Red kerana Tok Red sering membuat kelakar. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik putehhhx, telah dikongsikan video Tok Red sedang menyanyi. Menerusi video pertama, Tok cuba menyanyi lagu Fattah Amin yang bertajuk Wanita Terakhir .
Menerusi video kedua pula, Tok Red menyanyi lagu bertajuk Sangkar Derita, nyanyian asal Haqiem Rusli. Perkongsian kedua-dua video ini sekali lagi telah mengundang tawa warganet selepas mendengar suara Tok Red menyanyi. Seloroh mereka, mendengar nyanyian Tok Red seperti sedang membaca sajak.
Bukan itu sahaja, ada yang meminta agar selepas ini Tok Red tidak lagi menyanyi kerana Tok Red tiada bakat dalam bidang nyanyian. Sehingga kini, video Tok Red menyanyi telah ditonton ribuan tontonan dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@putehhhx
@putehhhx
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah:
” Tok tak payah lah, dah macam sajak saya dengar. Lirik dan melodi kelaut tok.. Murung Ami kalau dengar ni Tok, haha.. “
” Ingatkan lagu je sedih.. Rupanya suara lagi sedih.. Dah lah sekarang rumah sy hujan turun, lagi sedih sy bila dengar Tok Red nyanyi, huhu.. “
” Ya Allah dia gelakkan diri sendiri.. Tok nie bukan syair la tok, haha.. Kene banyak dengar lagu baru la tok nie, baru boleh nyanyi.. “
” Adoiii sakit perut akak dgr.. Dia boleh gelak dri sdri.. Maaf tok, murung terus aku dengar tau, hahahahaaa.. Rosak lagu ni Tok.. “
” Walaupun cetakrompak tok nyanyi sebiji mcm penyanyi asal… Hahahaha.. ni bukan Fattah Amin.. Ni patah balik namanya.. Adoiii Tokkk.. “
” Jahanam lagu ni boleh dekat Tok.. Owner lagu ni dengar terus menangis Tok.. Hrap lepas ni Tok jangan cuba2 menyanyi lagi yer Tok.. “
” Lagu apa sebenarnya ni Tok.. Jadi konfius terus lepas dengar.. Hahahaha.. Dengar tok nyanyi sampai terlupa dh lagu asal camne.. Adehhh.. “
Boleh pula Tok Red ketawa setelah mendengar suaranya sendiri. Tok Red sendiri pun terhibur mendengar suaranya, inikah pula warganet yang mendengar, hehe Apa-apa pun video nyanyian Tok Red ini ianya hanyalah sekadar hiburan Tok Red buat para pengikutnya di akaun TikTok sahaja. Semoga semuanya terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Viral22 hours ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jaga lah aibnya, jangan jadikan dia hanya content yang mengaibkan dirinya.. ” – Ainina Ahmad B