Artis / Selebriti
” Adoi kelakar lah 2 orang ni, geng sama Pahang. Suka tengok, nampak sekepala.. ” – Komen Netizen
Video lakonan Kamal Adli dan Fazura untuk content Jakel buat warganet terhibur. Kelakar tengok bila 2 orang Pahang bergabung. Buat lagi perangai Kamal, kan dah kena kejar dengan Fazura. Haha..
Barisan duta Jakel untuk tahun 2026 bukan calang-calang orangnya. Rakan kolaborasi Jakel iaitu Fazura juga satu nama yang besar dalam industri dan mempunyai pengikut yang ramai. Tidak hairan lah, Jakel menjadi tumpuan kerana ramai nama besar di bawah satu bumbung untuk musim ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Xtra, telah dikongsikan satu video yang memaparkan babak Kamal Adli bersama Fazura. Ini adalah lakonan mereka berdua untuk bahan promosi produk Jakel x Fazura. Menerusi video itu, kelihatan Fazura sedang mencuci pinggan di sinki.
Kamal datang menghampiri Fazura dengan senyuman dan meletakkan pinggan. Tidak itu sahaja, Kamal turut meletakkan sepasang sudu dan garfu. Ini menyebabkan Fazura memberikan satu jelingan tajam kepada Kamal kerana kelakuannya itu.

Pengakhirannya, Kamal berlari kerana dikejar oleh Fazura yang memegang sebatang pendayung kayu di tangannya. Aksi kelakar 2 pelakon hebat ini menghiburkan warganet. Bak kata warganet, apabila pelakon bersama pelakon, berlakon pun effortless dan santai sahaja.
Jom tonton video di bawah :
@xtra_my Apa jadilah dengan Kamal sekarang dah kena kejar dengan Fazura macam tu🤣 #fyp #xtra #kamaladli #fazura #jakel Sumber: zuliandindaandriana
Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ni baru betul pelakon dengan pelakon.. This is so her!!! Karakter yg ni la kita dah lama tunggu dr faz.. Saya pernah nampak ada video dia and kamal pun . Kamal adli buat lawak, fazura gelak. You can see genuinely laugh from her that time.. “
” Fazura yakin ke nak resign dari berlakon drama? Macam ada can viral kalau drama digabungkan dengan kamaladli ni. Please, 1 jer drama raya.. “
” Adoi kelakar lah 2 orang ni.. geng sama pahang.. kita suka lah tengok kamal dengan Fazura. nampak sekepala.. “
” Please buat ‘ Jakel Raya The Movie’.. Ni lah yg best bila ramai pelakon sebenar bawah “satu bumbung”, berlakon pun effortless.. “
” Best la, buat movie la semua duta duta ni dalam 1 frame.. Kamal memang lawak, campur pulak fazura, dua² lawak. Dua² orang pahang, haih bangga jadi orang pahang hehehehe.. “
” Weh cute la dua ketul ni.. Nak letak, letak jelah semua skali terus kamal oiii… sikit2 gitu tu yg buat sakit hati haha. kan tak pasal kena kejar dengan dayung haha.. “
” Watak watak komedi fun fun ni, memang bagi jelah dekat Kamal. memang lawak semulajadi kamal ni. Faz pun masuk air, memang ngam lah kerja sekali.. “
Terhibur sungguh warganet menonton lakonan Kamal dan Fazura itu. Andai dibuat drama raya Jakel, tentu lagi gempak kerana duta-duta Jakel ramai terdiri dari pelakon-pelakon hebat. Apa-apa pun, gandingan yang terbaik untuk Fazura dan Kamal. Semoga terus success dan melimpah ruah rezekinya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Xtra, Threads zuliandindaandriana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

