Connect with us

Artis / Selebriti

” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen

Sedutan video rakaman lagu Raya Pum Pang Lagi oleh ra Fazura dan anaknya, Fatima curi perhatian warganet. Wah ada bakat menyanyi lah Nyamma. Serius cute sangat suara Fatima menyanyi..

Tahun lalu, Fazura bergandingan bersama Syasya Rizal untuk lagu raya berjudul Raya Pum Pang. Lagu itu mendapat sambutan yang baik daripada pendengar. Untuk info, lebih 1 juta tontonan telah pun direkodkan untuk lagu ini di Youtube.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Universal Music dan Fazura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fazura bersama anaknya, Nur Fatima Aisya merakamkan lagu raya baru mereka berdua. Tahun ini, Fazura mencipta kelainan apabila berduet bersama Fatima.

Jika tahun lalu tajuk lagunya Raya Pum Pang, untuk tahun ini lagunya diberi judul Raya Pum Pang Lagi. Ini pastinya menjadi tarikan kepada semua pendengar terutamanya peminat Fazura dan Fatima kerana ianya menggandingkan anak dan ibu.

Mendengar teaser yang ditunjukkan dalam video ini membuatkan ramai yang tidak sabar menanti pelancaran lagu tersebut. Lagu ini akan disiarkan pada 20 Februari jam 12 tengah malam di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Tiktok dan YouTube.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Yeahhh comel lah Nyamma hehe.. Bijak.. Good marketing.. Hype “Raya Pum Pang” 2025 x abis lg, Faz x Fatima for 2026.. Slayyy.. “

” Comelnya suara Nyamma.. dah lah cantik, comel, cerdik… suara pun sedap nyamma ni.. geram dengar suara tu.. “

” Wah bestnya ada kolab Faz dengan Fatima.. Comel suara Fatima.. okey yang ni netizen approved.. “

” Adoi comel suara Nyamma.. kita lock, lagu raya tercomel.. tak sabar nak dengar lagu full.. ada bakat menyanyi lah Nyamma ni.. “

” Ok kalau ni kita suka.. Suara faz macam dah improve sikit… walaupun dengar sikit “kalau sudah hari raya” dah love sangat.. “

” Aloohh comel… menyala lah Nyamma.. Ooo belum release ke! Patutlah cari kat youtube takda. Yeayy tak sabar nak dengar full.. “

” Suara Nyamma, so cute Nyamma.. Versi Fatima lebih best.. saya sukaa.. Lurve the vibes… She can sing, Nyamaaaa mmg berbakat.. “

Ramai yang memuji suara Fatima sedap menyanyi dalam lagu ini. Ini pastinya akan menjadi kenangan manis untuk Fatima yang boleh dikenang apabila Fatima dewasa nanti. Semoga lagu ini akan mendapat sambutan yang baik daripada pendengar setelah dilancarkan esok.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Universalmusic, IG Fazura   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak