Artis / Selebriti
” Adik, awak tertelan mic ke. Meremang dengar suara.. ” – Netizen

Video Temubual Radio Era Bersama Adik Viral, Cinta Suci Indah Urmila Raih Perhatian Warganet. Wah Dapat Offer Untuk Buat Single Lagi. Sedap Betul Suara Menyanyi Lagu Ella Tanpa Muzik Tu. Sampai Meremang Pak Azad Dengar Suara Cinta !!
Nama kanak-kanak, Cinta Suci Indah Urmila mula menjadi sebutan ramai setelah video menyanyi bersama Sentuhan Buskers tular baru-baru ini. Mesra dengan panggilan Cinta, sudah banyak pertandingan yang disertai oleh Cinta antaranya Bintang Kecil Johor dan mendapat tempat ketiga.
Menerusi akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan Cinta diundang ke konti Radio Era sebagai tetamu jemputan. Azad ditugaskan untuk menjemput Cinta dan dibawa ke konti. Si cilik ini yang meminati muzik rock memakai outfit yang sesuai dengan jiwa rocknya itu.
Nabil, Radin dan Pak Azad meminta Cinta untuk menyanyi sedikit lagu secara langsung. Tanpa banyak soal dan penuh yakin, Cinta mendendangkan lagu Tiada Tang1s Lagi. Wah tercengang Nabil dan Pak Azad kerana kagum dengan vokal dan penghayatan Cinta.
Rezeki Cinta kerana producer dari Datu Entertainment menawarkan untuk menerbitkan single untuk Cinta dengan syarat Cinta perlu datang ke studio mereka untuk test suara. Melihat video yang dikongsikan, memang padu suara Cinta dan sebutannya juga jelas dan terang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Rata-ratanya memuji suara Cinta dan antara komen-komen yang diberikan :
” Adikkk. awak tertelan mic ker… sedap betul suara kamu dik.. jap2 yg 3 org ni sedar ke tak sedar.. abg abg.. pakcik la.. haha.. ”
” Lambat lah dia viral.. kalau awal sikit maybe boleh nyanyi dekt konsert ella huhu. terbaik suara padu adk .. dh ley jd pelapis aunty ella one day.. ”
” Outstanding voice for her age. Should promote her more so Suci Cinta can shine like a diamond.. ”
” Sedap suara, suara dia rock Ruhil Amani.. cer nyanyi lagu Kawan mesti sama. Best la adik Cinta ni.. tak jemu dgr dia nyanyi.. i likeee.. ”
” Cayalah adik, suara dh mantap, boleh digilap lg.. Suara dia unik.. xterlalu meleleh mcm aunty ella.. ”
” Meremang dengar suara. Sebutan & lontaran jelas sebijik2 perkataannya, mantap, klu kena asah lagi ni bertambah2 mantapnya.. ”
” Uish arini jgk trus audition.. Mantap suara adik.. Meremang bulu roma kak dengar.. Rock steady.. love you bebeh.. ”
” Sejak busking aritu terus jadi fan nombor 1 adik Cinta Suci.. Aduh meremang dik, mantap sangat suaranya.. ”
Hebat lah suara Cinta ini, boleh menjadi pelapis Ella. Kalau tidak ada aral melintang dan memang rezeki Cinta, dapat lah peminat Cinta dengarkan single baru Cinta nanti. Apa-apa pun, semoga adik Cinta Suci Indah Urmila sentiasa berjaya dalam pelajaran dan dapat mengembangkan lagi bakat seninya ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Aku nangis dengar suara Thalita yang ni. Part ‘sampai saat ini’ tu sebijik macam ibu awak Thalita.. ” – Komen Netizen “
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Atuk nak pesan sikit. Apa pun yang Thalita buat malam ni.. ” – Raissuddin Hamzah