Connect with us

Artis / Selebriti

” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen

Cara Shuib Sepahtu memberitahu berita kehamilan isterinya, Watie Hanifiah buat ramai terhibur. Eh macam tu je Shuib reveal yer. Komen Watie pun kelakar, siaplah daddy kena dengan mummy nanti, hehe..

Perkahwinan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah membawa kebahagiaan untuk anak-anak Shuib. Perginya seoorang ibu kandung, namun Allah gantikan dengan kehadiran seorang ibu tiri yang membuatkan mengisi kekosongan hati anak-anak. Watie pernah hamil tahun lalu, namun diuji dengan keguguran.

Menerusi perkongsian terbaru Shuib di akaun Instagramnya, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Shuib bersama Watie di dalam kereta. Watie yang kelihatan keletihan sedang lena tidur di kerusi penumpang dan Shuib mengambil kesempatan ini untuk merakamkan gambar Watie.

Melihat Watie, ramai yang menyedari perubahan pada fizikal Watie dan seakan kelihatan baby bump. Kapsyen Shuib pula mengundang pertanyaan dan seperti satu hint untuk memberitahu isterinya itu sedang berbadan dua. Kata Shuib, dahulu Watie paling suka memandu tetapi sekarang keadaannya sudah berbeza.

Watie kini lebih gemar duduk di kerusi penumpang dan tidur sahaja. Suka tidur dan cepat letih, itu salah satu simptom yang selalu dihadapi oleh ibu hamil. Kapsyen Shuib dan baby bump Watie semakin menguatkan lagi andaian warganet bahawa Watie kembali hamil untuk kali kedua.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Watie juga meninggalkan komennya di posting Shuib ini dan ianya menjawab teka-teki semua tentang Watie hamil atau tidak :

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Dia excited tuuu tp tu lahh kita nihh nk jga penyakit ain.. insyaallah Allah permudahkan segalanya & selamat smuanya buat kak n baby.. “

” Tahniah Watie, jaga diri baik-baik.. cenggitu je shuib reveal eh haha.. comel la cara daddy reveal.. happy untuk watie dan shuib.. “

” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan hehe.. tahniah watie shuib.. happy nya tak lama lagi ayash bakal jadi abang.. “

” Wow ayash nk jd abg daaa.. Kene buatan org ni… hahhaa.. tahniah mummy n daddy.. moge dpermudahkan n selamat semuanye.. “

” Wow mommy to be.. semoga dipermudahkan mommy,, alhamdulillah.. congrates soeb n watie… aku pulak rasa hepy + sebak.. “

” Haha nakal shuib.. Sabar je la mami.. Apapon semoga kekal sihat dan kuat mami n baby.. x sabar nak tengok baby baruuuu.. “

” Alhamdulillah… Tahniah Mommy… jaga kesihatan jaga segala-galanya demi baby yang dikandung MOGA baik baik aje hendaknya.. “

Simple dan ringkas cara Shuib reveal kehamilan Watie. Cukup dengan 2 keping gambar yang jelas menunjukkan baby bump Watie. Semoga kehamilan Watie kali ini dipermudahkan dan semuanya berjalan dengan lancar sehingga selamat melahirkan kandungannya nanti. Tahniah Shuib dan Watie.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu, IG Watie Hanifiah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak