Artis / Selebriti
” Ada nak kena ruqyah ni. Nak solat boleh cramp lutut haha.. ” – Netizen
Adira Suhaimi Kongsi Video Caranya Berjalan Ke Masjid Buat Warganet Terhibur. Adoi Adira, Ini Memang Beribu Langkah Perginya. Lawak Betul Dengan Muka Selamba Dia Tu !!
Jika disebut sahaja nama Adira Suhaimi, pastinya warganet akan terbayangkan gelagat Adira dengan video-video kelakarnya. Siapa sangka, penyanyi bersuara merdu ini seorang yang lucu dan jenakanya kadang kala tak terfikir dek akal. Warganet juga kadangkala lupa Adira ini penyanyi kerana kelucuannya itu.
Meninjau akaun Instagram Adira Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memapatkan Adira menunjukkan gaya berjalan untuk ke masjid. Dengan tajuknya ‘ selangkah menuju masjid besar ganjaran pahala tapi rumah kau pula sebelah masjid ‘, gelagat Adira dalam video ini menggeletak hati warganet.
Dek kerana mahu kan banyak langkah, bersungguh Adira berjalan dengan langkah yang terpaling kecil. Sudah seperti orang pakai kimono berjalan pun ada. Muka Adira yang langsung tidak senyum dan selamba itu lagi menambahkan kelakarnya. Panas terik pun muka tetap dalam karakter.

Jika macam ini punya gaya berjalan, yang 5 minit pun boleh jadi setengah jam. Semakin hari semakin kelakar Adira ini. Terhibur hati warganet yang menonton video Adira. Kalau yang stress, apabila tengok video Adira confirm boleh ketawa terbahak-bahak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Adira ini sehingga kini telah pun meraih 104 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ada nak kena rugyah ni haha.. nk kena budak ni tau. Meh datang masjid dekat rumah akak, jauh sikit perjalanan.. ”
” Penat gelak jenis gelak nganga je dikk adira.suhaimi ade-ade je awak ni haha.. Adira bagus masuk maharaja lawak haha.. ”
” Yayang ni kannnn…. Lenkali pusing 7 kali pastu baru masuk pintu.. hilang lapar tengok kelakuan ni taw. Hahahaha.. ”
” Adira sesuai jadi pelawak.. selalu buat netizen terhibur hahahahaha.. ni nak solat boleh cramp lutut haha.. beribu langkah kauu.. ”
” saya masa kecik dulu buat cam tu la.. nak gi surau rumah dekat .. jalan gan kawan2 langkah kecik2 sebab nak dpt pahala banyak.. ”
” Adira terpaling rosak haha. kelakar dia ni sekarang, comel betul jalan macam tu. pun boleh lah tak pa janji banyak langkah.. ”
” Hahaha pasni kalau ramai2 jalan camni gi masjid, kita tau la siapa ketua dia.. Ko buat hal eh dik.. bagitahu ustaz haha.. ”
” Banyak langkah nii . Besar pahala berlipat ganda.. Kejap lagi lutut ketorr masa rukuk hehe.. terhibur betul kita tengok Adira ni.. ”
Adira Adira, ada sahaja akalnya hendak menghiburkan semua. Walaupun lucu, tetapi jangan tak tahu memang ada yang buat seperti Adira ini. Apa-apa pun, semoga segala amalan baik Adira di bulan Ramadhan ini dirahmati Allah dan mendapat pahala berlipat kali ganda. Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz


