Artis / Selebriti
” Ada beg baru tapi beg bunjut tu juga dia bawa. Sangat humble Amir ni.. ” – Netizen
Bakal Membuat Persembahan Di Pentas Utama All Stars Gegar Vaganza Malam Nanti, Video Adik Amir The Chosen One Bersama Leman Band Raih Perhatian Warganet. Sempoi Je Bawa Beg Plastik Bunjut. Part Tengah Bersiap Tu Dah Macam Nak Pergi Meeting Baju Amir Pakai !!
Jika minggu lalu adik Amir The Chosen One muncul membuat persembahan di All Stars Gegar Vaganza Live Plus, kali ini adik Amir sekali lagi diundang sebagai artis jemputan program popular tersebut. Berpeluang untuk menyanyi di pentas GV, pastinya ini kenangan dan pengalaman baru untuk Amir.
Meninjau akaun Tiktok Termoj Production dan Amir Sisi Unuk Official, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Amir bersama cikgunya duduk berbual dengan Chaan dan Penn Leman Band. Turut ditulis pada kapsyen posting ini memberitahu kali kedua di GV kali ini di pentas utama.
Pada video pula tertera ayat berbunyi ‘ Amir di GV, dia tetap kanak Ribena walau di mana berada ‘. Alahai Amir, memang sikap cerianya itu dibawa ke mana sahaja. Lihat lah ‘ beg bunjut ‘ yang dibawa oleh Amir, sudah ada beg baru pun tetap plastik yang selesa untuk Amir.

Dressing Amir pun gempak, ada yang mengusik mengatakan Amir seperti hendak menghadiri meeting. Dengan memakai blazer dan kasut berwarna biru, seperti pengawas sekolah pun ada Amir. Malam ini Amir bakal menyanyikan lagu Cinta Sampai Mat1 untuk menghiburkan semua penonton All Stars Gegar Vaganza.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@termoj.production6 Kali kedua di GV kali ni dipentas utama pula..Kami cuba selagi boleh#astroceria #amirsisi #termojproduction #diaridaripedalaman #berandafypシ #thechosenone #viral_video @Amir Sisi(Unuk)Official @pennbasschannel
@amir.sisiunukoffi Dah mcam nk masuk meeting Amir nih,langkahan kaki anak ini bermula dari didikan semua guru di sekolah biasa dari belantara,yg berjiwa besar mndidik mereka#gegarvaganza #amirsisi #fypシ #termojproduction #diaridaripedalaman #berandatiktok @Termoj Production @kucing termoj
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pergh unuk lepak gn leman band mantap unukk buat yg terbaik.. Dia ada beg baru tp beg bunjut tu jgk dia selesa bawak.. kelakor la unuk ni.. ”
” Amir n beg plastik, beg plastik n Amir hehe.. kita sempoi.. tetaplah jadi diri unuk… kanak-kanak ribena.. ”
” Bagus dia.. even dia banyak senyap je tapi berani menyanyi depan org. Kalau Aunty maunya menggigil (stage fright).. ”
” Mantap amir buat yg terbaik ye.. perhh lepak ngn Leman band tu hebat. Sangat humble anak yg bernama amir nie.. ”
” Unuk unuk… dia makin selesa, jadi sifat kanak² dia pun dah makin terserlah.. Semakin improve amir drp semua aspek.. Tahniah Termoj Production.. Moga Amir berjaya dan jadi anak solehah.. ”
” Comey nya amir… Semoga amir dpt membhgiakan keluarga….. Semangat amir… amir biar kekal watak mcm ni.. n jng sesekali lupa Allah ya Nak.. ”
” Wow unuk dah mcm artis popular lah. cayalah unuk. makin tk sabar tgu mlm.. Unuk nak ambil alih megah holdings ke hehe.. ”
Terbang tinggi pun Amir tetap Amir, Unuk tetap Unuk yang sempoi dan dengan keasliannya tersendiri. Ramai yang tak sabar hendak melihat Amir membuat persembahan malam nanti. Semoga terus berjaya dan bersinar Amir The Chosen One dan dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Termoj Production, Tiktok Amir Sisi Unuk Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu

