Artis / Selebriti
” Abang terus kejutkan dia, ‘ honey wake up, wake up’ . Tapi dia tak wake up dan abang tak nak alihkan muka dia.. ” – Ridzokumura
Video Ridzokumura berkongsi kejadian sebenar yang menimpa arwah isterinya, Akiko Okumura. Ya Allah, sebak dengar Ridz menceritakan keadaan tersebut, menggigil badan Ridz menahan rasa sedihnya..
Beberapa hari lalu, usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan atau lebih dikenali Ridzuan Ridzokumura berkongsi berita sedih pemergian isterinya, Akiko Okumura. Khabar duka yang disampaikan oleh Ridz di akaun Instagramnya itu sangat mengejutkan ramai pihak.
Terbaru, meninjau di akaun instagram milik ridzokumura_subangjayahq, telah dikongsikan dua video live yang memaparkan Ridz menceritakan detik-detik ketika dirinya mengetahui pemergian isterinya. Kata Ridz, saat kejadian terjadi, dia sedang tidur di bilik dan merasakan ketiadaan Akiko.
Setelah itu, Ridz mendapati tingkap rumah mereka terbuka dan dilihat Akiko sudah terjatuh di bawah. Mengetahui kejadian tersebut, Ridz bergegas berlari ke bawah untuk melihat keadaan Akiko. Sementara itu, kata Ridz lagi, ketika mahu turun ke bawah, dia sempat meminta beberapa orang pengawal keselamatan untuk menelefon polis dan ambulans.

Apabila melihat keadaan Akiko sudah tidak sedarkan diri, Ridz cuba gerakan Akiko dengan meminta Akiko untuk bangun, namun Akiko tidak memberikan sebarang respon. Selain itu, Ridz memberitahu, dia menutup badan Akiko yang hanya memakai baju tidur dengan sehelai kain tuala sementara menunggu pihak polis dan ambulans tiba.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan dalam masa yang sama, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan doa Ridz sekeluarga. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sy tgok Dr awal live abgridz td . Meramu2 airmata time sky dtg tnya knp ddy dia ngis, dia sruh baca alfatihah.. Sedih sangat2.. “
” Allahu… Sama2 kita berdoa yg terbaik untuk arwah Akiko. Semoga dia tenang di sana. takziah pada Ridzo dan Sky.. Semoga redho dan sabar dgn dugaan ini.. “
” Sedih tgk dia. Menggigil2 dia cuba nk cerita.Tolong yg mana nk kecam p8kir dulu 1000kali. Ni dugaan dia, bagi support dekat dia utk bangkit, bukan mudaj nak pulih semangat kehilangan org tercinta tiba2.. “
” Mse dpt tahu berita Akiko tak ada, sy rasa sedih sgt. Menangis. Pdhal tau mngenai arwah sbb suka tgk dia masak & hidangkn untk keluarga, semoga syurga buat mu Akiko.. “
” Suara dia masih ada getaran.. Sapa2 akan lalui kehilangan.. Ini giliran Riz.. Kita tak tau bila lg.. Bukan mudah nak kuat redha dan sabar.. “
” Sampai menggigil abg ride xplan.. Kesian dia.. Insan terpilih menerima ujian berat ini.. Moga Allah tambahkan lagi kekuatan abg ridz dan anaknya sky.. “
” Tlonglah .. Jgn tekan2 kan abg riz, tlong hormat keadaan dia skrg, sebak nmpak dia nak ceritakan, semuga diberi kekuatan pda nya..”
Sebak melihat Ridz menceritakan apa yang terjadi, lagi-lagi saat anaknya, Sky datang untuk menenangkan Ridz. Bahkan Ridz juga meminta warganet tidak lagi memberikan sebarang spekulasi mengenai pemergian isterinya dan berharap semua dapat mendoakan yang baik-baik buat arwah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ridzokumura_subangjayahq, IG ridzokumura, Tiktok nizarwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

