Artis / Selebriti
” Abang ipar kau tak kasi kau buka tudung.. ” – Neelofa
Video Haris Ismail menegur adik iparnya, Ameera Khan selak tudung ketika sedang live raih perhatian ramai. Lembut je teguran Haris. Tapi bagi ayat berkias-kias, tak faham Ameera. Last-last Neelofa bagi Ameera faham. Berdekah masing-masing gelak, haha..
Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail dan adiknya, Ameera Khan ketika live semalam memang menceriakan suasana. Ameera hadir sebagai live host bersama Neelofa untuk mempromosikan busana muslimah. Ramai yang suka mendengar gaya percakapan Ameera yang menggabungkan loghat Kelantan dan bahasa Inggeris.
Meninjau entry di akaun Tiktok Trendingditiktokmalaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat mereka bertiga. Ameera kelihatan memakai jubah berwarna maroon dan memberikan penerangan mengenai material dan keistimewaan baju tersebut kepada viewers.
Ketika Ameera sedang bercakap, Ameera menyelak sedikit tudungnya untuk menunjukkan material kain baju tersebut. Haris yang berada di hadapan mereka meminta supaya Ameera menutup dahulu (tudungnya) dan menunjukkan bahagian tepi baju. Ameera tidak memahami maksud abang iparnya itu dan mengatakan tidak boleh nampak material baju tersebut.
Neelofa yang berada di belakang Ameera ketawa dan memeluk Ameera sambil mengatakan’ abang ipar kau tak kasi kau buka tudung’. Tersembur ketawa Haris, bijak Neelofa cepat menangkap kiasan si suami. Ameera pula sporting dan menerima teguran Haris dengan baik. Untung Ameera ada abang ipar yang prihatin sebegitu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@trendingditiktokmalaysia #lmk #neelofa #littlemisskhan #naelofar #nunha #ustazharis #supportnunha #supportnaelofar #bella #jubahnunnha #jubahumrah #tiktok1111shoppingchallenge
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Love how neelofa instantly understood her husband haha.. LMK nie wpon dia macam nie dia x melawan bila d tegur.. Neelofa penah bgtau adik dia yg nie bila kena tegur, kena marah pon dia diam jer.. “
” Abang ipar kau tak bagi kau selak tudung, adui Lofa dengan aku sekali ikut tergelak. Direct senang, payah nak faham sangat.. “
” Suka betul dengar si ameera ni bercakap sebab dia gabung klatey dengan english.. Suka tgk ustz Haris tegur, tak marah2, tak bekeng, tegur molek je.. “
” Berhalus je haris tegur Ameera, bagus.. alhamdulillah ada abang ipar yang prihatin.. lofa pun sambung menyakat adik.. “
” Aku suka tengok family depa nie.. gelak tu tak fake hahaha best.. abg ipar pon jangkit dh.. comel je ameera mix kelate dengan english.. “
” Sporting je adik beradik ni.. comelnya muka baby.. tak nampak la kalau gitu.. muka confuse.. lofa bagi paham terus, lucu lofa.. “
” Lofa tolong translate apa maksud suaminya berkias …rapat hubungan mereka adik beradik.. haris pandai jaga air muka adik ipar, ayat tu berkias tapi sayang tak sampai.. blur sungguh ameera pun.. ”
Cara Haris menegur dengan ayat berkias sebegitu menunjukkan Haris seorang yang menjaga hati dan menjaga air muka Ameera. Teguran halus daripada abang ipar untuk adik iparnya. Yang penting, sesi live semalam memang meriah dengan ketawa mereka bertiga dan juga menghiburkan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Trendingditiktokmalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Best dengar Nubhan cakap Cina, macam pakcik-pakcik Chinese ajak menyembang. Fluent betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Jadi lain lagu ni dalam versi Aishah. Sedap rupanya lagu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terharu dengar jawapan suami Ina. Jawapan orang terpelajar dan berilmu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Oh patut la tak nampak Salman. Ingat merajuk Ina kahwin lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dia betul-betul buat lagu ni versi dia, sampai tak sedar tu lagu Tokti. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hebat tok kadi, ikut perkembangan semasa. Tak pernah lagi tok kadi bagi ceramah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen