Artis / Selebriti
” Aaa saya geli dengar suara saya tu.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza berkongsi kisah ketika merakamkan lagu Lembaran Cinta Pudar buat ramai terhibur. Lawak lah Tokti cakap geli dengar suara sendiri, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Milahbunga, perkongsian sebuah video ketika Dato’ Seri Siti Nurhaliza berkongsi kisah di sebalik rakaman lagu Lembaran Cinta Pudar telah meraih perhatian ramai. Lagu ini agak berbeza dengan lagu-lagu Dato’ Seri Siti yang lain.
Dalam lagu ini Dato’ Seri Siti perlu bermonolog dengan nada suara seolah-olah seperti baru putus cinta dan kecewa. Buat Dato’ Seri Siti ia merupakan satu perkara yang sangat sukar kerana pada ketika itu Dato’ Seri Siti masih muda dalam belasan tahun dan masih bersekolah.
Untuk menjiwai watak sebegitu tanpa sebarang pengalaman merupakan satu yang amat sukar. Dato’ Seri Siti mengambil masa yang agak lama untuk merakamkan monolog lagu tersebut yang sepatutnya hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Di akhir video ada dikongsikan monolog lagu tersebut. Walaupun monolog tersebut perlu menjiwai rasa sedih dan kecewa, namun ia tetap merdu dan sedap didengar.
Jom tonton video di bawah :
@milahbunga Replying to @Dee anggunβ€οΈ okay kalini kita dengar pulak DSCT bercerita, dah macam duduk borak se table π€£π comel ! #fyp #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #ctdk #datoserisitinurhaliza #sitinurhaliza #toktitiktok @Siti Nurhaliza
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Sitizoner x penah dgr lagu lembaran cinta pudar ni.. maknanya belum 100% sitizoner.. lagu utk layan masa nak tdor.. lagu ni sedapp lentok abis.. “
” Habislaa . confirm viral lembaran cinta pudar lepas vt ni . lagu sedap giler.. antara lagu favorite tokti.. lembaran cinta pudar best gilerr.. “
” Daripada dulu smpai skrg lagu lembaran cinta pudar ni mmg lagu fav aku…smpai skrg Masih Ade dlm music list aku… “
” Dulu selalu dgr lagu lembaran cinta pudar ni setiap hari time ulang alik kedah – perlis. setiap hari ok. Kemain org kata lagu utk zamani padahal tokti xpenah pun bcinta masa ni.. “
” Macam dialog2 mcm filem sembilu. Lagu ni sedap ler cuma dlu jarang kuar kt radioo.. merintih pn sedap suara tok ti ni.. “
” Memang hidup tokti ni fikir kerjaaa je la, mana sempat nak bercintan cintun ni kan.. kenapa aku gelak ek dgr monolog tu lepas dgr komen tokti ni ..saye dah penat .. apa pun terbaekkkkk kata afwah.. “
” Haha bila dh tau kisah penghasilan tetiba rasa monolog tuh mmg ditujukan utk org yg dera Tok ti sampai ke subuh tuh.. aku dh di hujung kesabaran.. “
Apa sahaja cabaran buat Dato’ Seri Siti tetap dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik. Walaupun Dato’ Seri Siti ‘ geli ‘ untuk mendengar suara sendiri tetapi tidak buat para peminat. Lagu ini juga sedap didengar walaupun jarang diputarkan di corong radio.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Milah Bunga
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen