Artis / Selebriti
” A lil sneak peek of my photoshoot yesterday to seal off year 2024.. ” – Fatima Aisya
Fazura kongsi video sesi photoshoot anaknya, Nur Fatima Aisya raih perhatian warganet. Amboi Nyamma, bukan main lagi dia posing, melentuk-lentuk badan tu. Dah macam gaya mommy sangat lah, super cute..
Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka begitu juga lah dengan Fazura. Demi memastikan Fatima sentiasa gembira dan bahagia, banyak yang Fazura lakukan untuk puteri kesayangannya ini. Baru sahaja semalam Fazura kongsikan moment Fatima ketika memotong rambut.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Nurfatimaisya, telah dikongsikan pula satu video yang memaparkan Fatima sedang menjalankan satu sesi photoshoot. Ini adalah sebagai kenangan untuk Fatima sebagai penutup tahun 2024.
Fatima mengenakan baju kemeja putih dan seluar jeans biru untuk photoshoot ini. Fatima memang sudah biasa beraksi di hadapan kamera dan anak kecil ini tidak kekok untuk melakukan banyak gaya-gaya yang menarik. Comel sahaja gaya Fatima memberikan pose sepanjang sesi ini.

Semakin menyerlah kecomelan Fatima dengan gaya rambut barunya itu. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Fatima ada bakat untuk menjadi model seperti mommynya. Fatima juga turut memudahkan kerja photographer dan memberikan kerjasama yang baik.
Jom tonton video di bawah :
Banyak gambar-gambar menarik Fatima, tentu sukar untuk memilih mana satu pose terbaik. Fatima juga kelihatan meneliti satu persatu di skrin laptop semua gambarnya yang telah diambil oleh jurugambar. Bukan main lagi Fatima, melentuk-lentuk badan dan kaki ketika posing.

Gambar yang akan menjadi memori indah untuk Fatima lihat kembali apabila Fatima besar nanti. Banyak lagi koleksi gambar Fatima yang akan menyusul nanti dan pastinya mommy sudah merancangkan yang terbaik untuk Fatima. Apa-apa pun, Fatima anak yang bijak dan bakal menjadi insan yang hebat seperti mommy dan daddynya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurfatimaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen

