Artis / Selebriti
” 1st time tengok pengantin pegang purse, biasa bunga tangan.. ” – Netizen
Video Majlis Persantapan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Dan YM Dayang Anisha Rosnah Raih Perhatian Ramai. Mewah Dengan Bunga-Bungaan Dan Dekorasi Yang Menarik. Dayang Anisha Pun Cantik Sangat !!
Sebagaimana yang dijadualkan, malam ini adalah majlis persantapan diraja buat pasangan pengantin baru, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah. Baru sahaja sebentar tadi, perarakan masuk Pengantin Diraja ini ke majlis tersebut.
Meninjau akaun Instagram Inaijari dan Tiktok Ohbulan, telah dikongsikan suasana ketika majlis ini berlangsung. Putera Mateen kelihatan begitu segak dan bergaya dalam persalinannya berwarna hitam. Manakala Dayang Anisha pula tampil anggun menggayakan gaun labuh berwarna putih berkerlipan.
Sama cantik sama padan, pasangan pengantin diraja ini kelihatan gembira dan tersenyum sahaja kepada semua tetamu yang hadir sepanjang perjalanan memasuki ke dewan santapan. Melihat dekorasi dewan, dihiasi dengan bunga-bungaan, ianya kelihatan sangat menarik.

Di segenap ruang dan meja santapan dihiasi dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni. Tidak disangkalkan lagi, majlis perkahwinan diraja Putera Mateen dan Dayang Anisha ini adalah wedding of the year. Segalanya tnampak cantik dan sempurna untuk semua majlis istiadat.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Fall in love la tengok, tersuka pulak tengok dayang anisha ni lah. Cantik dia lain dari yang lain.. tak payah nk pegang bunga besar-besar.. simple tapi elegent je.. ”
” Satu pernikahan yang hebat.. Banyak royal dari Asia menghadiri wedding prince mateen dan dayang anisha. Memang layak digelar wedding of the year.. ”
” Cantiknya Dayang Anisha, dress dia sumpah terpaling lawa. Cantik berkilau-kilau.. sama cantik sama padan.. ”
” Simple je semua baju dia warna putih.. Cantiknya dress kali ni, lagi bertambah-tambah seri pengantin tu.. ”
” Ist time tengok pengantin pegang purse, biasa bunga tangan. Cantiknya weh, aku yang perempuan pun jatuh cinta tengok wife Putera Mateen ni.. ”
” Baju ni lawa sangat.. dayang anisha pun tak payah makeup tebal-tebal dah sedia cantik. Suka tengok pengantin terpaling simple ni.. gorgeous betul.. ”
” Perfect betul majlis Putera Mateen dan Dayang Anisha ni. Segalanya cantik dan menawan, pengantin memang handsome dan jelita, plus semua busana pengantin memang wow sangat.. ”
Majlis santapan diraja yang pasti akan diingati oleh semua tetamu yang hadir. Tak jemu memandang pengantin diraja yang simple namun tetap menawan. Majlis penutup untuk perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha dan didoakan semoga pasangan ini bahagia selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, Tiktok Ohbulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen



