Artis / Selebriti
” 1st in history, perarakan putera raja dan isteri berdiri.. ” – Netizen
Video Sekitar Suasana Istiadat Perarakan Majlis Perkahwinan Diraja, Putera Mateen Dan Dayang Anisha Rosnah Raih Perhatian Ramai. Wah, Meriah Sungguh Di Sepanjang Jalan Raya !!
Meninjau ke satu akaun TikTok, perkongsian sebuah video yang memaparkan suasana istiadat perarakan Diraja bersempena Majlis Perkahwinan Putera Mateen dan pasangannya, Dayang Anisha Rosnah telah meraih perhatian ramai orang.
Istiadat perarakan ini berlangsung selepas majlis persandingan pasangan Diraja ini. Pasangan ini dibawa berarak di sekitar Bandar Seri Begawan sambil di kelilingi oleh rakyat jelata di sepanjang jalan raya. Nampak begitu ramai yang menantikan pasangan Diraja ini.
Putera Mateen dan isteri menaiki sebuah kenderaan sambil berdiri dan melambai-lambai ke arah rakyat jelata. Walaupun suasana agak panas namun tetap terpancar keceriaan dan senyuman buat pengantin Diraja ini melambai kepada rakyat.

Perkongsian ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pasangan sama cantik dan sama padan ini sangat berseri di majlis persandingan mereka dengan mengenakan persalinan pengantin berwarna putih.
Jom tonton video di bawah :
@iamsarahmumtaz Syukur Alhamdulillah. Tahniah kpd yang ikut turun ke Bandar 🥳 #Brunei #BruneiRoyalWedding
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizan ialah :
” Bestnyaa dri crush jd husband wife . Perarakan mcm vibe dlu² . SELAMAT PENGANTIN DIRAJA TUANKU .. best ekk ada lambai² mcm tu.. “
” Selalu tengok pengantin duduk tp yg ni berdiri.. mesti penat prince dan princess.. inilah perkahwinan raja2 melayu yg indah.. “
” 1st in history perarakan Prince & Princess berdiri.. Wow bertuahnya badan.. selamat pengantin baru saya ucapkan kepada pasangan diraja.. “
” Dorg mmg bercinta ke atau kena jodoh.. Dayang anisha tersangat elegant dan cantik.sesuai dengan prince mateen.bagai pinang dibelah dua.. “
” Selamat pengantin Baru kpd kedua memperai.. saya doakan semoga perkahwinan ini sampai ke Jannah. Amin.. So beautiful.. “
” Nak tau la masa mak dayang ni melahirkan dayang ada petanda apa tak ea..yg akhirnya dia dpt jodoh dgn putera raja.. “
“Terpaling cantik isteri dia.. mcm Cinderella last past happy ending tu. lambai2 kain..huhuuu.. congratulations meriah.. “
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin Diraja ini, Putera Mateen dan Dayang Anisha Rosnah. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga ke syurga dan berbahagia selalu. Selamat pengantin baru diucapkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok Sarah Mumtaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen


