Artis / Selebriti
” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
Berbeza pendapat ketika berbual di Podcast, perbualan Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain buat ramai terhibur. Selamba je Erra sebut ‘giler’ kat Mr. E. Memang sempoi betul suami isteri ni, hehe..
Erra Fazira dan Ezwan Zain kini sedang melalui fasa alam rumahtangga. Setahun mengenali hati budi masing-masing sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama, baik Erra mahu pun Ezwan sudah masak dengan perangai antara satu sama lain.
Wujudnya podcast Kasi Onz sebagai platform untuk Erra dan Ezwan berkongsi cerita bersama pengikut mereka. Banyak isu yang dibincangkan dan perbualan mereka santai sahaja. Siri podcast itu untuk episod 4 akan disiarkan secara rasmi di Youtube Channel Kasi Onz pada hari Jumaat ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram dan Tiktok Kasi Onz Channel, telah dikongsikan sedutan video yang bakal disiarkan nanti. Ezwan mendedahkan Erra tidak suka melakukan aktiviti nature, namun Erra menidakkan penyataan daripada Ezwan itu.

Ezwan menambah ketika dia mengajak Erra untuk melakukan flying fox, Erra menolak dan itu bermaksud Erra tidak gemar aktiviti ‘nature’. Erra tidak duduk diam dan mengatakan itu bukan aktiviti nature tetapi adventure. Ekspresi wajah dan ayat spontan Erra menggeletek hati warganet. Kelakar pasangan ini, memang dua-dua masuk air.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” When u married your bestfriend. Hahahah dekah bila dia sebut gilerrr. rasa mcm asmr sgt bila dia sebut giler tuu. sempoi betul pasangan ni.. “
” 10x aku ulang part mr.E kena “giler” kt erra haha.. Nampak Sgt kak erra sgt sgt selesa dengan mr e.. perbezaan nature dan adventure pun lucu.. “
” Husband wife yg macam ni best… cam kekawan.. cubaan Mr E confuse kan Erra untuk join activity diaaa sukaaa… gitu je dia naturekan benda yg adventure.. “
” Itu bukan nature gilerrr.. itu adventure haha.. puas hati Erra menang. syok asben n wife gini , dua2 selamba ek saling membahan.. sempoi.. “
” Suka naw Mr.E ni membahan wifenya. Dpt “giler” sebijikk haha… terhibur plk dgn psgn ni, mcm kahwin dgn bff.. “
” Patut la anak erra fazira cakap diaorang perfect duo hahaha. suka tengok cara pasangan nih.. dah mcm bestfriend borak2 time rehat kat sekolah.. sempoi jeh.. “
” So comel for me. sama2 ada sense of humor. menceriakan hubungan n not so stress. seronok dpt suami bole jadi kawan gini.. aduhaiii da longgar jawlime ni asik senyum jehhh.. “
Mencuit hati cara Erra dan Ezwan berdebat nature dan adventure. Perbualan yang sempoi dan senda gurau yang membahagiakan penonton Kasi Onz. Sama-sama suka menyakat dan walaupun kedengaran kasar gurauannya tetapi itu lah yang mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kasi Onz Channel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

