Artis / Selebriti
” Yeayy Yassin dah balik, Alhamdulillah. Sihat dan berseri Yassin sekarang.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Yassin Senario yang sudah selamat kembali ke tanahair raih perhatian warganet. Lama tak dengar khabar pasal Yassin, ramai yang rindu. Makin sedap suara Yassin menyanyi, ceria je wajahnya tu. Welcome back Yassin..
Nama Yassin Senario menjadi sebutan apabila dikaitkan dengan isu penahanan di Jeddah. Tiada kenyataan rasmi dari pihak Yassin dan Yassin terus menghilang dari radar industri. Ramai yang merindui Yassin terutamanya anggota kumpulan Senario dan juga para peminatnya.
Kini setelah tujuh bulan berlalu, Yassin akhirnya muncul di media sosial. Ianya membuatkan warganet teruja kerana sudah lama tidak mendapat sebarang perkhabaran Yassin. Meninjau entry di akaun Tiktok Rifkarl Official, telah dikongsikan beberapa buah video terbaru Yassin.
Menurut laporan di Instagram Hlive, Yassin telah pun kembali ke tanahair. Ianya disahkan sendiri oleh isteri Yassin, Farah Waheeda dan katanya, Yassin selamat bersama keluarga tersayang. Belum sampai waktunya untuk memberikan sebarang kenyataan, Farah memohon agar diberikan ruang waktu untuk Yassin berehat.

Menerusi perkongsian video, kelihatan Yassin sedang berkaraoke. Suara Yassin masih merdu sama seperti dahulu. Wajah ceria dan gembira Yassin menyenangkan hati warganet. Komen warganet, Yassin sudah semakin berisi dan kelihatan sihat berbanding dahulu.
Jom tonton video di bawah :
@rifkarl85official buat peminat² abg @yassinsenariounion alhamdulillah sihat abg yassin#fyppppppppppppppppppppppp #tiktokviral #fypage #fyp #teaterlawakbangsawan #tiktok
@rifkarl85official ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ#fyp #fypage #tiktokviral #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bila yassin nak balik kembali ke industri lawak ,sunyi tanpa lawaknya.. suara yassin memang sedap.. “
” Akhirnya senario kembali lengkap.. Alhamdulillah nampak semakin sihat dan berseri Yassin sekarang ni.. “
” Alhamdulillah sedap suara Yassin brother.. mantap legend.. teruskan berkarya moga dipermudahkan semuanya.. “
” Terbaik abang Yasin, rindu lawak lawak abang yasin.. sihat, bersih dan berseri-seri sekarang.. jangan tinggal solat ye bang.. “
” Welcome back yasin.. Alhamdulillah abang yasin akhirnya dah balik Malaysia.. semoga Allah mempermudahkan semua urusan yassin.. “
” Yeayy abang yasin dah balik, alhamdulillah.. semua rindu abang yassin tau.. selamat kembali yasin senario.. “
” Alhamdulillah syukur semuga semuanya dalam keadaan baik2 saja ya.. moga terus berkembang selalu suka tengok dia dalam cerita senario.. “
Alhamdulillah kelibat Yassin yang sudah lama dirindui oleh peminat muncul juga. Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya dan semoga Yassin sihat selalu dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Ramai yang rindu untuk melihat jenaka spontan Yassin bersama Senario.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rifkarl85official, IG Yassin Senario
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

