Artis / Selebriti
” Yeayy akhirnya tiada lagi rahsia, jodoh depan mata rupanya.. ” – Netizen
Mas Idayu Sahkan Bakal Ke Jinjang Pelamin Pada Bulan September Akan Datang Raih Ucapan Tahniah Daripada Peminat. Wah Manis Sangat Si Dia Pencur1 Hati Mommy, Tahniah Mommy !!
15 tahun mengharungi kehidupan bergelar ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah namun ianya berjaya dilalui oleh penyanyi Mas Idayu. Menerusi akaun Instagram Mas Idayu, telah dikongsikan keratan akhbar daripada beberapa portal tentang berita pernikahan Mas Idayu.
Menurut Portal Harian Metro, Mas Idayu mengesahkan bakal mendirikan rumahtangga bersama Sufian Isa iaitu Penerbit Eksekutif TV3. Perkenalan yang sudah terjalin sejak program Mentor 3 sekitar tahun 2008 akhirnya membawa mereka kepada hubungan yang lebih ser1us sejak beberapa bulan yang lepas.
Cerita Mas Idayu lagi, dia sendiri tidak menyangka bakal berjodohan dengan Sufian. Sering bekerjasama dalam banyak program terbitan TV3, usikan rakan-rakan ketika program Lagu Cinta Kita ( LCK ) menjadi kenyataan.
Sehingga kini sudah 30 peratus persiapan dilakukan bagi majlis mereka ini. Untuk rekod, Mas Idayu pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon Aman Graseka dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Nur Dayini Asyiqa.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Mas Idayu ini telahpun mendapat lebih 8000 likes daripada peminat sehingga kini. Ucapan tahniah juga membanj1ri posting ini dan antara komen-komen peminat :
” Alhamdulillah, congrats mommy dan abang P. Nasi minyak la bulan September ni. Semoga Allah mempermudahkan urusan semua.. “
” Tahniah mommy dan abang p. Alhamdulillah semoga segalanya dipermudahkan untuk mommy dan abang p.. “
” Wowww.. happy for u sistur. September is just around the corner.. moga semuanya baik, lancar dan dpermudahkan.. amin.. ” – Erra Fazira
” Alhamdulillah tahniah mommy, tahniah daddy pian. Syukur happy for you. Finally kalau dah jodoh tak ke mana. Jodoh depan mata rupanya.. “
” Congrats syukur alhamdulillah akhirnya bakal bersatu. Tahniah mommy, tahniah abang pian. Dah kena panggil daddy la lepas ni hehe.. “
” My du’a always with u mummy masidayu1001 , semoga dipermudahkan segala urusan dunia hingga ke akhirat , aamiin Allahumma aamiin.. “
” Alhamdulillah tahniah mommy dan daddy. Dah agak dah hehe. Yeayy akhirnya tiada lagi rahsia, tak sabar tunggu mommy naik pelamin.. “
Tahniah juga daripada kami di Berita Kopak buat Mas Idayu dan pasangannya. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan sehingga selamat bergelar suami isteri yang sah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mas Idayu, IG Sufianisapws, Portal Harian Metro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen