Artis / Selebriti
” YB ada plan lah macam mana kita nak bawa Bella ke tempat tu, semua orang tak nampak dan dia boleh lamar.. ” – Iskandar
Video Pegawai Media YB Syed Saddiq, Iskandar dedah cerita di sebalik momen YB Syed Saddiq mahu melamar Bella Astilah di Gunung Kinabalu. Wah, pandainya Iskandar simpan rahsia dan berkomplot dengan YB. Sampaikan semua orang langsung tak tahu apa plan YB..
Umum mengetahui bahawa baru-baru ini, penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah telah selamat mengikat tali pertunangan bersama YB Syed Saddiq. Berita gembira ini mengundang rasa teruja dan bahagia di kalangan peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan ini.
Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun Instagram radio Era, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan perbualan telefon bersama pegawai media YB Syed Saddiq iaitu Iskandar. Menerusi perbualan tersebut, Iskandar berkongsi kisah di sebalik momen istimewa lamaran yang berlangsung di Gunung Kinabalu yang penuh dengan perancangan rapi dan kejutan.
Menurut Iskandar, pada peringkat awal, YB Syed Saddiq telah merancang secara teliti bagaimana untuk membawa Bella ke puncak tanpa menimbulkan sebarang syak. Apa yang lebih menarik, perancangan tersebut dirahsiakan sepenuhnya daripada pengetahuan ramai, malah hanya Iskandar seorang sahaja yang mengetahui niat sebenar YB ketika itu.

Dalam masa yang sama, Iskandar turut diberi kepercayaan besar untuk membawa cincin lamaran tersebut sepanjang perjalanan. Bukan sekadar itu, Iskandar juga menjadi individu yang bertanggungjawab merakam detik-detik berharga ketika lamaran berlangsung, menjadikan dirinya saksi penting kepada momen penuh emosi itu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandai jaga amanah rahsia yb.. Sweet ehh YB , proposed di hampir puncak Kinabalu.. Mesti bibit2 cinta masa mendaki Kinabalu 2025, Proposed Kinabalu 2026.. “
” Wow.. Betul2 another level punya lamaran & hantaran.. He set a benchmark.. Tahniah Bella dan YB dah bertunang dah.. “
” Org2 sekeliling Yb & Bella ni sume yg pndai jga amanah, syukur.. Wowww salah sorang pemegang amanah.. So nak tahu rahsia kena tanya jack,iskandar dan Niel .. “
” Terbaik pegawai media yb, simpan rahsia sampai tak tidur malam..semoga dipermudahkan urusan yb dan bella membina mahligai bahagia.. “
” Msty jadi dia msa nih susahkan.. Tak blh sikit pun tlepas ckp..Hahaha… Skrg msty dia dah lega kan.. Huhu.. Terbaik lah penyimpan rahsia.. “
” Takk thu bpe kali ulang ni.. Senyum2 aq sorang2 ni haaa.. Antara pasangan yang aku tak sabar nak tengok majlis kahwin dorang.. “
” Penyimpan Mohor YBSS. Berat amanah nya.. Surpise menjadi n she said yes yg paling wow kan.. Kita pun rahsia bahagia juga tengok.. ”
Tambah Iskandar lagi, YB Syed Saddiq sebenarnya sudah lama merancang untuk melamar Bella, namun Iskandar tidak dapat mendedahkan sejak bila perancangan itu dibuat. Apa yang pasti, segala usaha dan perancangan tersebut jelas membuktikan kesungguhan serta keikhlasan hati YB dalam melangkah ke fasa baharu bersama insan tersayang. Semoga hubungan mereka terus diberkati dan berakhir dengan kebahagiaan yang diimpikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

