Artis / Selebriti
” Yang tak pernah kita sebut, kita nak sebut hari ini awak.. ” – Sharifah Shahirah
Video ucapan Sharifah Shahirah sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Ijoy buat ramai terhibur. Fuhh, suspen betul dengar ucapan Shiera tu, lain daripada yang lain, hehe..
Umum mengetahui Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera merupakan penyampai radio di stesen radio Sinar. Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Sinar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shiera memberikan satu ucapan selamat hari lahir kepada suaminya, Ijoy.
Menerusi video itu, Shiera meluahkan rasa syukur kerana sehingga ke hari ini, dia dan Ijoy masih hidup bersama bersama anak-anak mereka. Kata Shiera lagi, dia mahu memberitahu satu perkara yang sebelum ini dia tidak pernah memberitahu kepada Ijoy.
Seloroh Shiera, meminta Ijoy untuk pergi ke KWSP untuk menyemak wang yang terkumpul dalam akaun Ijoy dan meminta Ijoy untuk memberikan wang tersebut kepada dirinya. Mendengar apa yang dikatakan oleh Shiera, Falyq serta Hefny turut berdekah ketawa.

Usik Falyq meminta Sheira meluahkan rasa sayangnya kepada Ijoy. Namun begitu, Shiera menolak baik dan berkata hal tersebut tak perlu diwar-warkan kepada umum dan cukup sahaja dia serta Ijoy yang mengetahuinya. Sehingga kini, perkongsian ucapan Shiera ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, warganet turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Ijoy dan terhibur mendengar ucapan Shiera. Antara komen tersebut adalah :
” Selamat hari lahir abang Ijoy.. Ssemoga bahagia selalu dan terus mendengar sinar ye.. Sorry kak Rara, memang kelakar dengar.. “
” Td sy dgr duk sdp minum air tsedak pasal KWSP.. Siot btol laa… Masa dgr sy tak byg ni sy tbyg both of them pakai bju mat despatch.. “
” Lawak dengar ucapan tokma tuk atok ijoy, hehe.. Happy birthday atok ijoy.. Semoga kekal hingga ke syurga ye tokma dan tuk ijoy.. “
Tak pernah tak kelakar lah Shiera ni, lain daripada yang lain ucapan yang diberikan oleh Shiera buat Ijoy. Komen warganet, ucapan Shiera itu membuatkan mereka turut merasa terhibur dan tidak menyangka apa yang dikatakan oleh Shiera.

Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Ijoy. Semoga Ijoy terus diberikan kesihatan yang baik, bahagia selalu bersama keluarga dan segala urusan sentiasa dipermudahkan. Untuk sekadar info, hasil perkongsian hidup bersama, Ijoy dan Shiera telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my, shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

