Artis / Selebriti
” Yang penting, orang tak perasan aku pinjam kasut Fattah Amin.. ” – Erma Fatima
Video gelagat Erma Fatima meminjam kasut Fattah Amin ketika berada di United Kingdom buat ramai terhibur. Alahai kasut Fattah pun jadi lah Erma, berdekah Fattah gelak. Yang penting, tak ada orang perasan masa majlis. Part last tu, bukan main lagi Erma posing dengan kasut Fattah, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima, telah dikongsikan video yang memaparkan kasut Erma ‘terkopak’ ketika sedang berada di United Kingdom baru-baru ini. Menerusi video pertama, Erma meminjam kasut Sheila Rusly.
Manakala video kedua pula memaparkan Erma sedang berborak bersama Fattah Amin. Erma menceritakan tentang kasutnya dan bertanya kepada Fattah adakah sesuai memakai kasut Sheila berwarna oren itu untuk hadir ke sebuah program kerjasama mereka dengan pihak di sana.
Fattah menawarkan kepada Erma untuk mencuba kasut miliknya. Gelagat Erma Fatima ketika memakai kasut Fattah ke majlis tersebut telah mengundang tawa warganet di media sosial. Ada yang mengusik mengatakan Mr Cinderella sudah bertemu jodohnya gara-gara kasut Fattah dipakai oleh Erma.

Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Erma di akaun Instagramnya itu telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Fattah pun turut berdekah gelak melihat perangai comel Erma ketika cuba memakai kasutnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Erma ini dan terhibur menontonnya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sekali aku pun berdekah tengok, dua-dua kelakar lah, haha..Bagusnya Fattah dan Erma…Dah macam adik beradik tak berkira.. “
” Sarung je kak Erma pon bole.. Tak kan la org dlm majlis to nk tgok dr hujung rambut hingga hujung kaki.. Sebat je kak Erma.. “
” Tkpe kak Erma pakai kasut Fattah baru nmpk bergaya, berstyle.. Kasut sesuai.. Dah jumpa jodoh Mr Cinderella, hahahaha.. “
” Comel betul hahaha, sempat lagi dia posing dengan kasut tu.. Kantoi la skrg, semua tahu kasut Fattah, jnji helok kak Erma.. “
” Ngat masa alah kasut kopak nie masaalah rakyat biasa mcm kita je. Rupanya mslh pd pngarah trulung juga ya. Jadi gaisss kt jgn malu, ini mslh biasa manusia, haha.. “
” Lawak gil4, memang ngam betul lah korang ni.. Hehehe kita yang tengok video ni pun mengekek ketawa.. Kak Erma sempoi sangat.. “
” Untung lah Kak Erma boleh pakai kasut Fattah, hehe kita pun tumpang happy, hahaha.. Sekali Fattah pun ketawa tengok perangai Kak Erma.. “
Part last sekali, sempat lagi Erma berkongsi gambar sedang posing memakai kasut Fattah. Bak kata Erma, janji orang lain tidak perasan dirinya memakai kasut Fattah. Tapi nampak cantik dan sesuai pula kasut Fattah itu apabila dipakai oleh Erma. Usik warganet lagi, untung sangat Erma dapat memakai kasut pujaan hati ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ermafatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

