Artis / Selebriti
” Yang nak membuatkan saya berhijab, saya nak rasa.. ” – Amyza Aznan
Video Amyza Aznan tidak dapat menahan sebak berkongsi mengenai proses hijrahnya berhijab buat ramai tersentuh. Ya Allah, tak sangka dalam sekelip mata je rupanya..
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan sebuah video wawancara bersama pelakon Amyza Aznan. Menerusi video tersebut, Amyza berkongsi mengenai penampilannya yang kini sudah berhijab sejak bulan Oktober tahun lalu.
Perubahan penampilan Amyza itu menarik perhatian peminat, khususnya mereka yang telah lama mengikuti perkembangan kerjaya seni Amyza dari dulu lagi. Menurut Amyza, keputusan untuk berhijrah itu berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang perancangan awal.
Dengan nada sebak, Amyza mengakui dia tidak menerima sebarang dorongan daripada mana-mana pihak. Sebaliknya, dia merasakan penghijrahan tersebut merupakan hidayah yang datang terus daripada Allah SWT dalam sekelip mata dan menjadi pengalaman yang sangat bermakna dalam hidupnya.

Tambah Amyza lagi, penghijrahannya itu tidak memberi kesan negatif terhadap kerjaya seninya. Malah, ia menjadi garis panduan buat dirinya dalam setiap set penggambaran yang telah ditetapkan sejak awal penglibatannya dalam industri hiburan.
Tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah… Subhanallah, nampak sweet sangat lah lepas dah bertudung.. Semoga terus istiqomah sis.. “
” Berhijab ni suruhan Allah bg semua golongan wanita yg beragama islam semoga beristiqomah.. Syukur, tumpang happy tengok.. “
” Yesss menutup aurat tu wanita mmg nampak mahal dan lelaki memandang kita lbih respek.. Semoga Amyz terus kuat dan istiqamah.. “
” Yeay alhamdulillah nampak dekat promo program raya tv3 tadi.. Berpuluh tahun tunggu akhirnya termakbul jua.. “
” Alhamdulillah, tersentuh dengar.. Allahumma Bariik Kak. Sama2 kita la kita doa’ kan semoga istiqomah. Aamiin YRA.. “
” Cantik akk berhijab.. Alhamdulillah.. Allhadullilah semoga Allah sentiasa bersama mu Dunia Dan Akhirat Aamiin yra.. “
” Alhamdulillah terbaik.. Semoga Allah terus pelihara iman kak Amyza dan teruskan istiqomah.. Tahniah kak Amyza.. “
Ramai yang tersentuh dengan keikhlasan Amyza berkongsi kisah penghijrahannya. Ini boleh dijadikan sebagai inspirasi buat orang ramai bahawa hidayah Allah SWT boleh hadir pada bila-bila masa tanpa diduga. Apa-apa pun, semoga Amyza terus istiqamah dan segala urusannya sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak, sekarang ni bagi kad ape tu ? Banyak kali repeat YB part last tu.. ” – Komen Netizen

