Artis / Selebriti
” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Dato’ Aliff Syukri mengintai anaknya, Qadejah El Zahra sedang rekod video dengan anak Dato’ Eizlan Yusof, Zareef buat ramai terhibur. Amboi Papa, bukan main lagi terintai-intai kat belakang tu sambil tersenyum-senyum. Macam approved je, hehe..
Hubungan baik antara anak perempuan Dato’ Aliff Syukri, Qadejah El Zahra dan anak teruna Datuk Eizlan Yusof, Zareef Yusof disenangi oleh warganet. Sejak bergandingan bersama dalam drama pendek Sugeh Resort, pasangan ini menjadi kesukaan ramai.
Tidak hanya sebagai pasangan pelakon, Qadejah dan Zareef juga bersahabat baik. Beberapa kali juga kelibat Zareef muncul dalam video Qadejah yang mana Zareef membantu Qadejah menjual cookiesnya di Wisma D’ Herbs. Sekadar info, Zareef merupakan kawan Baem.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Papa Laris Official, telah dikongsikan satu video terbaru Qadejah dan Zareef. Dengan tertulis ‘ POV : Ehh apa ni Cess ? Itu hari Cess cakap lain, ni dah lain ni ‘ membuatkan warganet terhibur. Zareef dan Qadejah membuat parodi bersama dan Dato’ Aliff kelihatan mengintai dari belakang. Tersenyum Dato’ Aliff melihat telatah Zareef dan Qadejah itu.

Lagu parodi pula lagu bertemakan cinta, sesuai sangat pasangan ini bagai pinang dibelah dua. Qadejah seorang yang tidak boleh serius dan suka ketawa. Zareef pula sama seperti Qadejah dan lipsync kedua-duanya gagal seperti kunyah lirik. Terhibur warganet melihat parodi Zareef dan Qadejah yang serba kaku itu.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisofficial ada yg bersemut takkk??😜 baju @HIJABISTAHUB @Soultan.Official
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Untung cess. dh la bapak kaya. nk mintak jam mahal dpt. mintak apa smua dpt. ni terus jodoh depan mata. hensem plak tu.. “
” Dato kena paham .. klu dah hensem mcm nie mmg auto cess lupa apa dia ckp hari tue hahaha.. Cess sepadan sgt.. Zareef sopan dan baik sgt.. “
” Penyanyi no1 belakang tu.. jgn igt kami xnampak ehhhh haha.. papa tengok dari jauh tu cess.. aku pulak yang senyum sorang sorang ni.. “
” Yang belakang tu haha.. bukan main intai celah tiang eh. menyibuk je pak mertua belakang tu haha.. aku pulak yang senyum seorang ni.. “
” Kita pula senget-senget kepala tengok dia mengintai belakang.. tak jadi tengok 2 yang depan haha.. The real ‘abah memantau dari jauh’.. “
” Baru tak video yg “xnk kawen, nk duduk gan papa je”, aishhh lalu pulak video ni.. Yang belakang tu macam tak tenteram je haha.. “
” Papa approved awal2 lgi klu camni kejadiannya.. papa tengah blushing ke tu haha.. dengan aku sekali ikut senyum.. comel je dua dua ni.. “
Walaupun ini hanya lah sekadar content semata-mata, namun pasti membuatkan warganet tersenyum melihatnya. Seperti papa dan mama sewaktu muda remaja dahulu. Apa-apa pun, semoga pembaca juga turut terhibur menonton video perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Papa Laris Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

