Artis / Selebriti
” Ya ampun, terbahak-bahak aku dengar dorang cakap. Paling tak tahan, guna perkataan ayahanda tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra cuba bercakap Bahasa Melayu baku buat ramai terhibur. Confident betul dua beradik ni bercakap. Dah macam google translate pun ada, haha..
Telatah anak-anak Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra membantu ayah mereka membuat live untuk mempromosikan jualan produk mereka sering mencuit hati ramai. Kini, Ammar dan Qadejah juga mempunyai peminat mereka yang tersendiri.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik me_media33, telah dikongsikan video yang memaparkan video live Ammar bersama Qadejah. Menerusi video itu, kedengaran Qadejah bertanya kepada Ammar bagaimana mahu translete beberapa ayat Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
Ammar mengajar Qadejah untuk bercakap Bahasa Melayu dengan betul. Namun begitu, percakapan Ammar dan Qadejah itu telah mengundang tawa warganet. Manakan tidak, banyak perkataan Bahasa Melayu yang digunakan oleh mereka untuk membuat ayat kedengaran kelakar dan mencuit hati.

Seloroh warganet, antara perkataan yang menghiburkan mereka adalah seperti ‘ayahanda ‘ kerana perkataan tersebut adalah Bahasa Istana. Sehingga kini, video perbualan Ammar dan Qadejah ini telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@me_media33 😂Podcast Bahasa Baku Ammar Ahyan Dan Cess😂 #fyp #malaysia #gosip #viral #tiktok #terlajaklaris #cess
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan memberikan pelbagai respon setelah mendengar Ammar dan Qadejah bercakap Bahasa Melayu. Antara k0men-komen tersebut adalah :
” Ya ampun, terbahak-bahak aku dengar dorang cakap. Paling tak tahan, guna perkataan ayahanda tu, haha.. Kering betul lah, langsung tak ketawa yer budak-budak ni.. “
” Hahaha dh mcm zaman kesultanan melayu dh ni.. Macam2 betul la amayan dengan cess ni.. Ayahnda la ape la, adoiii HAHAHAHAHA.. “
” The real translates english ke melayu weh, hahaha.. Aku dengar penat gelak.. Tak sangka rupanya dua2 ni memang kelakar.. “
” Tak sekarang ni, dah rasa mcam saya pula macam tak pandai bahasa melayu, haha. Apa ni, apa ni, Cess, Amayan, hehe.. “
” Kenapa Ammaryan mcm tkde perasaan borak dengan cess, ammaryan always steady.. Ni bahasa melayu ke bahasa karangan.. “
” Berdebat ke perbahasan dua beradik ni, hahaa.. Terus jadi pening dengar berbualan drang.. Ya Allah… Cess, Ammar, haha.. “
” Macam auto translate movie.. Ammar boleh jadi cikgu bm Cess.. Ammar ni mcm jwap soalan BM time skolah rendah dhlu, hahaa.. “
Sekadar info, anak-anak Dato’ Aliff ini bersekolah di sekolah antarabangsa dan komunikasi di sekolah lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Apa-apa pun, usaha Ammar serta Qadejah untuk belajar bercakap Bahasa Melayu dengan betul itu harus lah diberikan pujian.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok me_media33
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti7 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen


