Connect with us

Artis / Selebriti

” Ya Allah, sumpah sweet. Best video ni, dah macam pre wedding video dah ni.. ” – Komen Netizen

Video lakonan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq untuk iklan Kedai Cincin Ampang di Swiss buat peminat teruja. Alahai sweetnya, macam tengok Kdrama pulak. Past last tu paling comel.. 

Pasangan sensasi, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq antara pasangan yang menjadi perhatian wargamaya. Banyak jenama yang melantik Bella dan YB Saddiq sebagai duta mereka, salah satunya adalah Kedai Cincin Ampang (KCA). Baru-baru ini pasangan ini terbang ke Switzerland untuk penggambaran KCA.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan hasil penggambaran mereka itu. Video ini memperkenalkan koleksi cincin dan loket yang dikeluarkan oleh KCA dan diolah dalam bentuk drama pendek yang cukup menarik perhatian warganet.

Setelah menonton video ini, warganet mengatakan ianya seperti menonton drama Korea. Sinematografi cukup menarik berlatarbelakangkan pergunungan bersalji. Untuk pengetahun semua, ini adalah hasil kerja salah seorang peserta Sumud Flotilla, Haroqs.

Melihat adegan manis Bella dan YB Saddiq pastinya akan membuatkan warganet tersenyum sendiri. Banyak moment manis yang diambil dan jalan ceritanya juga menarik. Ramai juga yang mengatakan BASS seakan sedang membuat video pre wedding mereka. Lakonan YB Saddiq juga semakin baik dan tidak kaku di hadapan kamera.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Menarik betul video ni… Lain drpd yang lain. Berbaloi shooting kat Swiss. Sesuai dan sepadan betul bellaastillah & YB syedsaddiq ni. YB mcm model iklan profesional.. “

” Macam prewedding tau, love betul aura bass ni.. Kamu berdua ni… Tak abis buat akak ko ni tersenyum simpul laaa… Udah2 la bikin aka ko ni tak keruan adik2 ku oiiiiiii… Tp meh belanja lagi bitamin sweet2 mcm ni… Akak suka.. “

” Sangat international!! terbaik bass & kca team.. So beautiful couple and so sweet.. luar biasa ye.. walaupun bersalju tapi panas panas.. “

” Macam tengok kdrama.. Dah dapat bayang macam ni lah mereka berdua bahagia lepas honeymoon ehhhh.. last tu comel sangat.. “

” Siapa dok ulang je video ni berkali2, kita geng.. Terlalu manis arrrrrrr.. Ya Allah sumpah sweet best giler la video ni.. Dlm dia promote cincin2 tu ade satu cerita yg manis plus mvm wow jln cite tu tau x.. Mcm video clip lagu.. Video tu hidup happy x kaku, ceria gile.. Sumpah best tgk video ni.. “

” Iklannya international sangat, love forever locked.. pre wedding ke ni.. so lovely. wishing both of you togerther forever.. “

” What is the beautiful couples. Mudahan Allah permudahkan jalan SS untuk meng’halal’kan BA. Tak sabar tgk mereka ni naik pelamin. Dah mcm pre weds video dah ni.. SS pun dah x kekok sgt dah utk berlakon dpn camera.. “

Video iklan yang menarik dan diulang-ulang oleh warganet dek kerana romantisnya YB Saddiq dan Bella. Tentunya koleksi cincin ini akan mendapat sambutan hangat kelak. Apa-apa pun, semoga impian pencinta BASS untuk melihat kesayangan mereka ini ke jinjang pelamin dipermudahkan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Astillah, IG Haroqs   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Bag Huntrix

Trending

Copyright © Berita Kopak