Viral
” Ya Allah, sempat lagi siapkan task sebelum pergi. Buat VO pun suara dia, siap lengkap edit videonya.. ” – Komen Netizen
Video assignment terakhir yang disiapkan oleh arwah Nur Dalila Farhana (UPSI) buat ramai yang sebak. Sempat Dalila siapkan sebelum pemergiannya. Menangis rakan kumpulan ketika buat perbentangan. Rakan sekelas juga tidak dapat menahan air mata, sedihnya..
Seumpama mimpi, kehilangan rakan-rakan seperjuangan akibat nahas bas di Gerik baru-baru ini meninggalkan kesan di hati para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI. Banyak kenangan yang ditinggalkan oleh mangsa nahas tersebut dan ianya dikongsikan di medsos oleh rakan-rakan mangsa.
Salah seorang yang mencuri perhatian adalah arwah Nur Dalila Farhana. Pemergian Dalila ditangisi oleh rakan-rakannya kerana Dalila seorang kawan yang baik dan berbudi bahasa. Banyak video kenangan bersama Dalila dikongsikan untuk tatapan umum.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Intnminn, telah dikongsikan video yang memaparkan rakan sekumpulan Dalila membentangkan hasil kerja berkumpulan mereka. Ini adalah assignment terakhir yang sempat disiapkan oleh Dalila dan menjadi kenangan termahal untuk mereka semua.

Kata sekumpulan Dalila ini, sehari sebelum hari raya Dalila sudah menyiapkan semua tugasannya. Seumpama sudah tahu ajalnya akan tiba, Dalila turut menyunting video assignment mereka itu sehabis baik. Seisi kelas menangis melihat hasil kerja akhir Dalila itu.
Jom tonton video di bawah :
@intnminn thankyou untuk segalanyaa dalila sebab edit video assignment kita semua 😭🥀 sempat dia hantar video tu sehari sebelum raya ❤️#upsiberduka #nahasbasupsi #nurdalilafarhana #alfatihahbuatmu
Video presentation yang telah pun lengkap dan menggunakan suara Dalila sebagai suara latar :
@intnminn Replying to @firdaus00_ baju yang arwah pakai tu baju yang mak arwah peluk, cium masa buka barang ii arwah tu 🥹❤️ suara background tu pun, suara arwah 🥹❤️
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 110 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Arwah dikurniakan kawan kawan yang baik—satu hadiah terakhir awak bagi dekat arwah Dalila… nama secantik rupa paras, harum seperti bunga yang mekar.. semoga awak kuat sebab arwah mesti nak awak kuat walau dia tak lagi disini.. “
” Ya Allah sempat lagi siapkan task sebelum pergi.. dia tau amanah dia Allahu.. Temptkan dia dikalangan orang ii yg beriman , luaskan kuburnya ya Allah.. “
” Ya Allah.. memang sedih sangat-sangat, sempat dia siap kan.. Assignment paling berharga.. Salam takziah awak.. “
” Arwah mmang dh rasa kan dia akn pergi buat selamanya.. Sbbtu dia siapkan smua ni utk kawan2nya , betul2 kawan yg baik kpd kawan2 yg lain. Al-Fatihah dik smoga Syurga tanpa hisab buatmu Ameen.. “
” Memang arwah dah tahu.. jadi dia siapkan video hasil kerja dia.. buat vo pun suara dia.. kawan2 rindu boleh dengar suara dia dari sini.. Semoga tabah buat kawan2 arwah Dalila.. Kuat semangat habiskan pengajian dan menjadi seorang guru satu hari nanti aminn.. “
” YaAllah dia permudahkan semua urusan kawan kawan dia sebab dia tau dia nak pergi. nama secantik arwah , setiap kali lalu fyp psl upsi takbole stop nangis ‘ kuntum bunga yang tidak sempat mekar namun harum nya tetap mewangi ‘ Allahh.. “
” Kalau saya ni baru bukak mulut je menangis, nak cakap sepatah je menangis.. kuat jugak kawan kat depan ni menahan sebak sambil becakap.. tesedu sedu dia sedihnya.. Allah ampunilah dalila & rakan2 seperjuangan yg telah pulang kepadaMu syurgalah tempat mereka.. “
” Ya Allah baguskan pergi tanpa tinggal hutang assignments, siap lengkap dah edit videonya, semoga tennag arwah di sana.. “
Sebak melihat kesedihan rakan-rakan Dalila itu. Tuannya telah pergi tetapi ditinggalkan kenangan yang akan menjadi pengubat rindu. Semoga segala kebaikan yang Dalila curahkan semasa hayatnya mendapat pahala berganda. InshaAllah..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Intnminn, Tiktok farisafrhna
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


