Viral
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen

Video adik arwah Mohammad Azim Izat Ishak (mangsa nahas Sungai Korok) bercerita mengenai apa yang berlaku pada malam sebelum abangnya hilang tanpa berita buat ramai sebak. Sedih dengar cerita Adliah, perginya abang tersayang dalam keadaan yang tidak dapat dibayangkan..
Negara digemparkan dengan berita penemuan jasad 6 sekeluarga di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang dinaiki oleh Mohammad Azim Izat Ishak, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy dan empat orang anak mereka terbabas ke dalam sungai Korok di Jitra, Kedah.
Mengikut laporan Portal Sinar Harian, Azim dan isteri serta anak-anaknya ini tidak dapat dihubungi sejak Sabtu yang lalu selepas pulang dari rumah adiknya, Nur Adliah. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Berita Harian, satu video temubual wartawan bersama Adliah telah pun dimuatnaik.
Menurut Adliah, abang dan kakak iparnya itu datang bermalam di rumahnya pada hari Jumaat dan bergerak pulang pada awal pagi ke esokkan harinya. Menurut Adliah, abang dan kakaknya memberitahu mereka mengantuk pada malam kejadian dan Adliah menyuruh mereka tidur dahulu.
Apa yang membuatkan Adliah terkesan adalah Mohd Azim sempat menyuapnya makan pada malam itu. Tiada sebarang petanda pelik yang ditunjukkan, namun sudah ajal Azim, isteri dan anak-anak. Sedih melihat Adliah menanti di lokasi kejadian bersama ahli keluarga yang lain dan menyaksikan sendiri kereta abangnya itu.
Jom tonton video di bawah :
@bharianmy ‘Abang dan kakak ipar beritahu mereka mengantuk pada malam kejadian’ beritaditiktok
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allahh pilu rasa hati ni tgk keadaan kereta mangsa… terbayang² mcmmane diorg nak selamatkan diri keluar dari kereta tu.. “
” Allah…… Innalilahiwainnailaihirojiun… salam takziah buat keluarga… semoga tabah dgn ujian ini ya Allah… sebak tengok …. semoga ank yg masih ada (kakak) tabah dgn ujian ini.. “
” Innalillah. allahuakbar sedihnyaa.. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.. semoga mereka ditempatkan bersama2 org2 beriman.. aamiin.. “
” Innalillahi wainailaihirojiun semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang dijanjikan syurga Allah amiin.. “
” Innalillaahi wainna ilaihirrojiun. semoga roh arwah semua tenang bsama roh para solihin. semoga Allah beri kekuatan buat seluruh keluarga. semoga kalian berkumpul semula di Syurga. amiiin3 YRA.. “
” Macam mana la perasaan ahli keluarga masa bomba angkat no plat tu… Allah.. lagi sedih masa bomba cerita dorang berpeluk dekat belakang kereta sebab tak boleh keluar.. “
” Salah takziah buat keluarga.. Semoga Allah ampunkan dosa2 mereka dan tempatkan mereka bersama roh org2 beriman.. aminnn.. “
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesedihan yang dirasai oleh Adliah sekeluarga atas pemergian Azim yang tragis ini. Sama-sama kita doakan agar roh Azim, Hidayah dan anak-anak tenang di sana dan sedekahkan bacaan Al-Fatihah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Berita Harian, Portal Sinar Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral6 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti1 day ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen