Artis / Selebriti
” Ya Allah, penat ketawa. Yang mengajar tu pun, bersungguh sungguh betul, haha.. ” – Komen Netizen
Datin Shahida kongsikan sedutan rakaman suara Ammar Ahyan untuk lagu raya baru mereka buat warganet terhibur. Adoi Amayan, berduka lara sangat ni suara. Papa pula jadi guru vokal, lagi bertambah pening Amayan dibuatnya. Haha..
Sebagaimana yang diwar-warkan dalam posting terdahulu Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida, mereka sekeluarga bakal keluar dengan lagu raya baru tidak lama lagi. Tidak hanya Datin dan Dato’ tetapi anak-anak mereka, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra juga ada menyumbangkan suara untuk lagu tersebut.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Datin Shahida Dherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan, ketika Ammar sedang merakamkan lagu tersebut di studio. Suara Ammar yang mendatar dan seakan bersajak itu mencuit hati warganet.
Lirik Ammar ada menyebut ‘ jangan bersedih, jangan berduka. Sambut hari raya’, namun lontaran suara Ammar yang berbunyi sedih itu menggeletek hati warganet. Dato’ Aliff yang berada di situ juga turut bertindak menjadi guru vokal Ammar dan mengajar Ammar menyanyi.

Ini bukan lah kali pertama warganet mendengar suara Ammar menyanyi. Sebelum ini, Ammar ada menyanyi secara live di program Talk To My Manager. Selepas mendengar sedutan rakaman ini, warganet mengusik suara Ammar itu. Lagu happy bertukar menjadi lagu sedih lah pula jadinya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kalau papa jd guru vokal, toknaz tokram pun x blh cari mkn haha.. haha ni gen ayah kuat ni Amayan.. “
” Macam sedih je lagunya. Amayan sesuai lagu raya versi sedih hehe.. macam baca buku teks sejarah je amayan.. “
” Sangat² mewarisi bakat Dato’ ya Amayan ni .. cuma bunyi agak sedih sikit la yg ni.. kurg ceria mcm papanya haha.. “
” Terima kasih lerr buat saya berdekah…. TAK sengaja wakkk haha.. ternyata papa guru vocal amayan, patut lah haha.. Ya Allah, penat ketawa.. sedih sangat ni amayan..”
” Hahaha aduii amayan sakit perut ketawa, amayan buat lawak.. gi tidur amayan, mengantuk sangat tu.. yang mengajar pun haha.. semakin berduka rasanya kalau camni amayan.. “
” Amayan, berduka acik yang mendengar ni. Acik tengah makan tau. Sampai terkeluar nasi dari hidung Acik, Amayan haha.. “
” Hakakkk pun tak tahu nak nangis ke nak gelak dik. rasa mcm berdosa pulak kalau hakakkk gelak haha.. yang mengajar tu pun, bersungguh sungguh betul haha.. “
Hilang mood hendak bergembira di hari raya setelah mendengar suara Ammar ini. Ramai yang kembali berduka kerana suara mengantuk Ammar itu, hehe. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan lagu raya keluarga Dato’ Aliff dan Datin Shahida ini release nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shahida Dherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais punya suara unik. Ingat muka je macam arwah ibu dia, bakat dia pun Masyaa Allah.. ” – Komen Netizen

