Artis / Selebriti
” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
Video Paknil memberikan duit raya kepada seorang pemanggil Kool FM buat ramai sebak. Dengar pemanggil tu menangis selepas Paknil transfer duit lagi bertambah sedih. Tak sangka dia bila Paknil transfer duit banyak macam tu..
Syawal bakal menjelma tidak lama lagi dan ramai yang membuat persiapan untuk menyambut hari kemenangan itu. Namun masih ada yang masih lagi buntu dan struggle mencari wang tambahan untuk mempersiapkan segalanya. Kesempitan dari segi kewangan antara kekangan terbesar yang dihadapi oleh orang ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kool FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan penyampai pagi Kool FM, Paknil, Haiza dan Muaz bersama seorang pemanggil bernama Amira. Bercerita mengenai persiapan raya, Amira memberitahu dia dan suaminya sudah sehabis daya berusaha untuk mencari wang lebih.
Suami Amira sudah beberapa tahun tidak mendapat bonus raya. Ditambah pula mereka baru berpindah rumah, ianya bukan mudah untuk mereka harungi. Kata Amira, mereka tidaklah susah sangat, namun dia tahu, jauh di sudut hati suaminya ada rasa ingin berbahagi duit raya untuk ibu bapa dan sanak saudara.

Duit raya untuk anak mereka sendiri pun belum tentu dapat disediakan kerana kesempitan. Amira tidak menjangka Paknil akan berbesar hati untuk bersedekah wang raya untuknya. Pecah tangisan Amira apabila Paknil menunjukkan jumlah duit raya yang telah dipindahkan ke akaun Amira. Haiza dan Muaz juga turut menangis.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mengalir air mata dengar pagi tadi, Rezeki tak pernah salah alamat.. Allah maha mendengar doa hamba Nya yg ikhlas memohon.. Allah hadirkan rezeki melalui pak nil.. moga dipermudahkan segala urusan dia.. “
” Allahuakbar. Allah hadirkan kegembiraan dan tenang bua hambaNya yang ikhlas meminta. InsyaAllah melalui cara yang tepat. Trm kasih PakNil utk nilai kasih syg ini. Smg Allah sentiasa merahmati kalian. Terima kasih juga mendidik kami utk berkongsi apa yang kami ada.. “
” Reramai berjemaah kite nangis teruk.. saya ni bukan nangis teruk lagi .habis meleleh hingus semua keluar.. Pak nil dpt gembirakan hati org yg sgt2 memerlukn.. tahniah paknil.. “
” Sy dgr kat office menangis sy. Semoga Allah mewahkan rezeki utk aznilnawawihm. Terima kasih pak nil. Kmi smua jd saksi kebaikkan paknil… Dlm rzeki kita ada rzeki org lain.. “
” Nangis teruk sy dgr kakak tu pecah nangis dia.. Allahuakbar… Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui kebaikan hati Pak Nil yang sentiasa membantu orang yang susah.. “
” Pak Nil. Terima kasih paknil.. saya pulak yg teresak esak menangis.. .terima kasih ya allah kau perkenankan doa kakak ni.. kami tumpang gembira walaupun tak kenal dia.alhamdulillah.. sesusah2 kita,masih ramai lg yg susah.. “
” Pak Nil aznilnawawihm buat satu malaysia menangis… Ramai yg struggle zaman ni.. ada keje tp masih susah.. cukup² mkn.. dah habis jimat pon xde lebihan utk tabungan ke apa. Moga Allah murahkan rezeki Pak NiL.. “

Hati siapa yang tidak sedih apabila Allah menghadirkan bantuan yang tidak diduga seperti ini. Dalam kesempitan si pemanggil, Allah jentik hati Paknil untuk berkongsi rezeki. Air mata kegembiraan yang tidak hanya dirasai oleh pemanggil tetapi juga semua pendengar. Semoga Paknil dimurahkan rezeki selalu atas kebaikannya ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kool FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

