Artis / Selebriti
” Ya Allah, nangis jugak yang hujung-hujung video tu.. ” – Komen Netizen
Video lakonan Fattah Amin untuk iklan Kedai Emas Syamsul buat ramai tersentuh. Tak sangka ada plot twist kat hujung. Jalan cerita yang sangat deep dan ada maksud yang tersirat. Fattah buat orang menangis lagi kali ni..
Selepas satu, satu Fattah Amin disambar oleh producer dan usahawan untuk diadakan kerjasama bersama. Jika sebelum ini, Inayah Beauty, Pak Mat Western dan Rissa Skin telah pun menjalin kerjasama, kali ini giliran Kedai Emas Syamsul pula yang menggunakan khidmat Fattah.
Meninjau entry di akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan iklan khas kolaborasi Fattah bersama Kedai Emas Syamsul. Jalan cerita yang menarik dan lakonan yang mantap menjadi kekuatan untuk video iklan ini.
Fattah juga ada menulis di ruangan kapsyennya berbunyi ‘ Terpisah oleh jarak, terikat oleh rindu. Adakah emas permata lebih penting dari ikatan kasih sayang’ . Ayat kapsyen sahaja sudah membuatkan warganet tidak sabar menonton video tersebut hingga akhir.

Turut sama dipaparkan dalam video ini adalah video yang tular sebelum ini yang mana Fattah membawa sebuah kereta mewah jenama Lamborghini. Ianya bukan hadiah sebagaimana yang digembar-gemburkan tetapi untuk tujuan prop dalam iklan ini semata-mata.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah nangis jugak yang hujung-hujung video tu.. Beautiful meaningful story line.. jangan terlalu memandang duniawi kerana kasih sayang tu yang akan kekal selamanya..”
” Weh nangis.. mata masuk habuk la plak tgk.. Kasih sayang lebih penting dari emas permata.. mantap lakonan Fattah, buat kita ikut sama menangis..”
” Alahai meruntun jiwa betul.. so beautiful.. fly high keep humble FA fattahaminz .. kami doakan Fattah terus maju jaya.. “
” Alaa sebaknya, ternangis pulak tengok. Padahal iklan je tapi maksud tersirat tu memang undang airmata sungguh.. “
” Nangis weyy last part tu.. kenapa aku nangis eh.. deep betul, kasih sayang lebih bermakna dari segala emas permata dan harta dunia.. “
” Aduh mata masuk habuk pulak.. tak sedar mengalir air mata. sedihnya tu sampai ke hati.. harga sebuah kasih sayang yang selalu orang lupakan..”
” Kata-kata yang last tu saya suka. memang nangis tengok lakonan Fattah yang ni. emas permata tidak dapat menandingi kasih sayang.. “
Walaupun itu hanya lah sekadar lakonan, tetapi penghayatan Fattah dan jalan ceritanya menusuk ke hati. Berapa ramai yang lebih mementingkan emas permata berbanding kasih sayang walhal kasih sayang lah harta yang paling mahal di dunia. Semoga semua yang menonton juga terus berkasih sayang semasa insan tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

