Viral
” Ya Allah, cara chat pun comel je. Jarang lelaki wish panjang berpatah-patah macam ni.. ” – Komen Netizen
Perkongsian seorang teman arwah Muhammad Adib Hazim (UPSI) perbualan WhatsApp mereka buat ramai sebak. Cukup lembut dan teratur tutur kata Adib. Kawan yang sukar dicari ganti..
Genap seminggu sejak peristiwa nahas bas di Gerik yang melibatkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris terjadi. Saban hari, pasti ada sahaja di kalangan kaum keluarga dan teman berkongsi cerita dan kenangan manis bersama mangsa yang telah pergi buat selamanya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nasyafiq98, telah dikongsikan satu perbualan WhatsApp yang menunjukkan perbualannya bersama arwah Muhammad Adib Hazim. Kata teman Adib ini, itu adalah wish birthday terakhir yang diberikan oleh Adib untuk dirinya.
Ramai yang tersentuh hati membaca bait-bait ayat yang Adib tuliskan menerusi perbualan tersebut. Ayat-ayat yang Adib gunakan sangat lembut dan tersusun tutur katanya. Adib digambarkan oleh ramai teman-temannya yang lain sebagai seorang yang sopan dan memiliki adab serta budi pekerti yang tinggi.

Tambah pemilik posting ini lagi, dia bersyukur kerana Adib pernah hadir dalam hidupnya walaupun cuma sebentar. Persahabatan mereka akan selalu diingat sampai bila-bila. Tidak semua kaum lelaki boleh menaip ucapan birthday sepanjang ini dan Adib seorang yang menghargai kawan-kawan.
Jom baca perkongsian di bawah :
@nasyafiq98 Last Wish Birthday Dari Dia 🥹 Abg Akan Ingat Sampai Bila2 *”Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup abang, walaupun sekejap. Kehadiranmu cukup meninggalkan kesan yang takkan pernah hilang. Walaupun kita tak sedarah dan tak pernah bersua muka, abang dah anggap Adib macam adik abang sendiri. Kehilanganmu terasa sangat dalam hati ini. Semoga rohmu tenang di sana, dik. Abang akan selalu ingat dan doakan kamu.”* **Al-Fatihah Muhammad Adib Hazim** 🤍🕊️ #semogatenangdisana
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah, cara chat pun comel je, soft sangat bahasa Adib.. Kenapa buat semua orang nangis lagi ni.. Al fatihah untuk arwah Adib, moga tenang di sana dik.. “
” Soft spokennyaa arwah adib ni.. best la dapat kawan macam arwah adib ni.. susun kata dia indah dibaca dan tenang.. penuh kelembutan dan keceriaan.. “
” Allahu , soft nya seorang Muhammad Adib Hazim.. Suka tgk cara chat Abang Adib mmg soft spoken.. Comel je perangainya.. Ya Allah tempatkan dia dikalangan orang beriman Ya Allah.. “
” Jarang laki wish panjang2 berpatah macam ni. Sungguh arwah sangat hargai orang yang hadir dalam hidup dia. no wonder Allah amek arwah. Allah nak jaga hambaNya dengan sebaik2 nya. MashaAllah. Syurga buat mu dik.. “
” Arwah Adib mmg seorang budak yg baik dan soft spoken sbb tngok cara dia hantar chat dekat awak pun ya Allah sopannya … Al Fatihah buat arwah Adib.. “
” Dia punya emoji tu, nampak macam dia jenis yg sngt manja dan hargai org. al-Fatihah, tenanglah dik kau kt sana, moga syurga buatmu adik Adib Hazim.. “
” Not part of the family or friends, tapi sumpah rasa sebak.. apapun al-fatihah untuk arwah abang adib hazim.. semoga arwah ditempatkan bersama org² beriman.. “
Walaupun sekadar perbualan dalam WhatsApp, bait-bait kata yang Adib tuliskan cukup untuk menggambarkan dirinya yang soft spoken dan berhati-hati dalam percakapannya. Semoga arwah Adib Hazim tenang di sana dan berbahagia di taman syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nasyafiq98, Tiktok Ijatstory.com
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


