Artis / Selebriti
” Ya Allah, anak aku baru 4 tahun nak Fattah Amin. Parok lagu ni.. ” – TT Ayu Nazim
Video seorang kanak-kanak merengek-rengek nak minta ‘Fattah Amin’ buat ramai terhibur. Adui lah dik, sampai bergolek-golek nak ‘Fattah Amin’. Ingatkan nak Fattah Amin betul, terkejut mak dia. Rupa-rupanya benda lain. Lawak lah, haha..
Di sana sini, nama Fattah Amin meniti di bibir warganet. Tidak hanya orang dewasa, malah kanak-kanak juga suka dengan Fattah. Saban hari, ada sahaja video Fattah yang muncul di media sosial. Fattah antara selebriti lelaki yang menjadi pujaan ramai pada masa kini.
Meninjau entry di akaun Tiktok ayu_nazim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak meminta sesuatu kepada ibunya. Berulang kali kanak-kanak ini menyebut ingin ‘Fattah Amin’. Tidak faham apa yang dimaksudkan, ibu kanak-kanak ini menyuruh budak perempuan ini mandi terlebih dahulu.
Tidak habis merenggek, kanak-kanak ini menyebut dia mahu makan ubat ‘Fattah Amin’ yang berbentuk ABC. Ketawa ibu kanak-kanak ini mendengarnya dan segera membetulkan perkataan sebenar yang harus disebut adalah vitamin, bukannya Fattah Amin.

Warganet yang menonton video perkongsian ini juga turut sama terhibur. Mungkin kerana hujungnya ada bunyi ‘ amin’ yang membuatkan anak ini tertukar vitamin dengan Fattah Amin. Jika Fattah menjual vitamin, tentu laku keras vitaminnya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ayu_nazim subuh² dh nk abg fattah amin..dh la fattah amin tu segak smua org nk, kakak eshal pun nk jgk 😉 #fattahamin #pakmatwestern
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aduh penangan patah amin… blh bertukar.. aduh dik, terperanjat acik.. Fattah amin dah tukor jadi vitamin ye dik… Adoii… Kesian dia… Hahaha.. “
” Fattah Amin tengok lah adik ni. uiiii hbs. fatah amin = vitamin. dua dua best.. aura Fattah Amin ni.. vitamin rupanya.. “
” Kelakar la adik ni. tengok kuatnya aura fattah amin.. Fattah Amin/ vitamin dekat2 tu.. Noohhaihh ingatkan Fattah Amin buat biz ubat.. “
” Aduh vitamin, jauh nau Fattah Amin perginya dik.. Tersedak Fattah Amin.. lepas ni Fattah boleh jual vitamin pulak.. “
” Ni boleh jadi duta ubat vitamin Fattah Amin.. Fattah Amin ABC haha. Sakit perut acik ketawa dik.. “
” Laaa mula2 ingt kan ada obat jenama fattah amin td😅😂😂rupa adik nk sebut vitamin rupa nya.. “
” Amboi dik, penangan Fattah Amin noooo.. comel Adeq ni sebut ubt Fattah Amin.. content yang jujur.. “
Kuat betul aura Fattah Amin sehingga kan budak-budak pun menyebut namanya. Apabila vitamin tertukar dengan Fattah Amin, terkejut besar ibunya. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menyaksikan video tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ayu_nazim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen

