Artis / Selebriti
” Woww betul lah cantik sangat dekorasi dewan.. ” – Komen Netizen
Gambar Pelamin Di Majlis Resepsi Bekas Anggota Dolla, Syasya Raih Perhatian Ramai. Wah Cantik Sungguh Dekorasi Untuk Majlis, Pelamin Pun Gah Sangat. Kad Jemputan Kahwin Pun Comel !!
Baru-baru ini, ramai peminat kumpulan Dolla terkejut dengan berita pengunduran salah seorang ahli kempulan tersebut iaitu, Syasya. Pengarah Kumpulan Universal Music, Kim Lima mengesahkan pada media antara sebab utama Syasya mengundur diri daripada Dolla adalah kerana ingin mendirikan rumahtangga.
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal atau nama sebenarnya nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal ada berkongsi foto bersama suami di akaun Instagram miliknya selepas berita perkahwinannya tular di media sosial. Melalui hantaran itu, Syasya berkongsi tiga foto bersama suaminya dengan mengenakan busana pengantin serba putih pada hari pernikahan mereka.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan keadaan majlis resepsi Syasya yang diadakan di sebuah dewan di Shah Alam pada malam ni. Menerusi gambar-gambar itu, dapat dilihat pelamin dan juga dekorasi majlis Syasya yang sangat cantik.

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan juga adalah kad jemputan majlis resepsi Syasya berserta menu santapan untuk para tetamu yang hadir. Perkongsian gambar-gambar ini menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wah indah sungguh dekorasi dewan majlis resepsi Syasya.
Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang memberikan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Woww betul lah cantik sangat dekorasi dewan.. MasyaAllah Alhamdulillah. Sama cantik sama padan. Selamat pengantin baru Syasya dan suami.. Semoga sakinah, mawaddah wa rahmah.. “
Kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Syasya dan suami. Didoakan semoga rumahtangga yang baru dibina oleh kalian berdua ini akan terus mekar bahagia serta kekal sehinggalah ke syurga.

Sebelum ini, selepas meninggalkan kumpulan Dolla, penampilan terbaru Syasya ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang sudah memakai bertudung juga mendapat pujian warganet. Ramai yang mengatakan penampilan Syasya itu dilihat sangat cantik dan manis.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial, syasya,rzl, Google BH Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

