Artis / Selebriti
” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
Perkongsian terbaru Bella Astillah gambar bersama YB Syed Saddiq cetus teka teki di kalangan warganet. Lain macam lah kapsyen Bella. Gambar pun hitam putih. Komen Mira Filzah tu hint sangat..
Kecoh di media sosial beberapa hari ini mengenai hari bahagia Bella Astillah dan YB Syed Saddiq. Ini kerana komen daripada salah seorang selebriti yang mengatakan majlis pasangan ini bakal berlangsung seminggu selepas sambutan hari raya Aidilfitri.
Bella dan YB Saddiq masing-masing mengunci mulut dan hanya meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk mereka. Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan sekeping gambar Bella dan YB Saddiq dalam versi hitam putih.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah persoalan yang Bella coretkan di ruangan kapsyen. Soalan Bella itu seakan-akan tidak kena dengan gambar yang diletakkan. Ini semakin menguatkan andaian warganet mengenai berita penyatuan BASS.

Sememangnya ramai yang tidak sabar untuk melihat Bella dan YB Saddiq disatukan sebagai pasangan suami isteri. Pasangan ini saling melengkapi antara satu sama lain dan setia berdiri menjadi tulang belakang dalam apa jua situasi genting yang mereka hadapi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 76 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Eeeee tak sabarnyaaa.. happy sangat untuk bella.. saya nak esok awak akad.. sesuai sangat dah tu.. “
” Hint sangat ni.. Saya tak sabar tunggu tarikh.. moga dipermudahkan semuanya bella sayang.. kami tak sabar nak tengok hari bahagia BASS.. “
” Awas ah banyak hint sudah tu hihi.. Ya Rabb satukan mereka dgn kasih sayang dan kesetiaan hingga ke Jannah.. aaminnn ya Mujib.. “
” Saya bukan tak sabar nak raya tapi tak sabar nak dengar berita gembira Bella dan yb saddiq.. Fuyyoooo bukan bau rendang raya je nie, ini bau nasi minyakkkk.. “
” Awai tak kalut ke? Awak tipuuuuuuuuu x bincanggggggg hahahah.. Terkejut kite tengok gambar ni!! Ingat ada announcement dahh hahaha.. Esok raya lpastu smnggu lpas raya kawin oceyy janjihhh?.. “
” Wow tema klasik..cantiknya bass sepadan betul… nda sabar mau tgk hari bahagia.. selamat pengantin baru awak.. “
” Wowww petanda apakah ini… may Allah ease everything our beloved bass.. rasa mcm tak excited nak raya… excited yg lainn.. “
” Hint hint kah ini? Macam betul je.. kita yang terlebih bahagia nak tunggu hari bahagia ni.. Pre wed ke ni . Jangan di sana cakap lain di sini cakap lain, hehe.. “
Komen daripada Mira Filzah juga menarik perhatian warganet :

Mungkin ura-ura yang berterbangan di medsos mengenai hari bahagia Bella dan YB Saddiq itu bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pasangan ini. Doakan yang terbaik untuk Bella dan YB Saddiq.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

