Artis / Selebriti
” Wow ada bakat sangat Yusuf ni. Berseni la tangan awak.. ” – Komen Netizen

Video Yusuf Iskandar melukis watak kartun One Piece raih perhatian ramai. Wah, cantik betul lukisan Yusuf, sebijik sama macam dalam TV. Boleh jadi pelukis komik ni, hebat lah Yusuf..
Meninjau ke akaun Instagram Yusuf Iskandar, perkongsian sebuah video yang memaparkan Yusuf sedang melukis telah meraih perhatian ramai. Yusuf melukis di dalam biliknya sambil menonton cara melukis watak One Piece menerusi video di Youtube.
Video ini dirakamkan oleh Hairul Azreen untuk ditunjukkan kepada isterinya, Hanis Zalikha. Hasil lukisan Yusuf sangat cantik dan sama seperti watak kartun tersebut. Nampak sangat berbakat juga Yusuf dalam bidang lukisan selain bersukan.
Sememangnya sangat mudah untuk anak-anak belajar melukis pada masa kini kerana segalanya berada di hujung jari sahaja. Apa sahaja yang ingin dilukis ada dikongsikan di media sosial dan hanya perlu mengikut sahaja setiap langkah-langkahnnya.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 26 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Yusuf kini sudah berusia 8 tahun dan juga sudah semakin tinggi. Bagus sangat Yusuf meluangkan masa yang ada dengan aktiviti melukis.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Kecik2 dah pandai melukis hebat dikk.. Mcm ank sy, lukis kartun ikt utube.. Ank saya pun minat melukis… apa menarik dia tgk dia akan lukis… “
” Mcm anak saya jugak. Buka youtube pastu tekan play stop play stop. Nak lukis character cartoon . Wow ada bakat sangat yusuf nie .. nice sangat.. “
” Mcm anak sedara saya, dia belajar melukis dgn tgk video mcm ni .. Uihhhh bakat terpendammm laa yusof..
” Hahaha musim ey bdk skrg melukis benda2 ginih.. gigih pause play nk melukis… Tahniah..sel² otak berhubung dgn jayanyaaa…x salah tgk tv ,ada bakat yg perlu dicungkil.. “
” Yusof so cleaver boyyy cantik pulak tu dia melukis generasii baru untuk one pieace ni Teruskan mendaki penuh kejayaan yusof anak soleh mummy and ddy .. “
” Yusof! U have 6mths to watch one piece from the start okay. Sebab the anime is on long break. So yeah u have 6mths to catch up. . “
” Anak lelaki rasenya mmg gemar sgt melukis…kadang stress mak nya nak tengok tv pun xsenang.. berseni la tangan awak nie yusof .. akak pun minat luffy.. “
Sikap anak-anak Hairul dan Hanis sering dipuji ramai kerana bukan sahaja bijak, malah mempunyai adab yang sopan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yusuf membesar menjadi seorang anak yang berjaya di dunia dan juga di akhirat. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusuf Iskandar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
-
Viral2 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen