Artis / Selebriti
” Wow, Aafiyah macam Mermaid.. ” – Dayah Zubit

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Video Anaknya, Siti Aafiyah Yang Begitu Teruja Belajar Berenang Buat Pertama Kali. Amboi Bukan Main Seronok Lagi Aafiyah, Santai Habis !!
Anak kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Mak Iti ini sentiasa mempamerkan aksi comel dan mencuit hati. Sering kali menjadi perhatian ramai tidak mengira usia menjadikan si kecil Aafiyah yang baru menginjak usia 2 tahun lebih ini disayangi ramai.
Melalui perkongsian video yang dimuatnaik di Instagram ctdk, Dato’ Siti berkongsi video telatah comel dan berani Aafiyah ketika kali pertama mengikuti swimming class bersama guru renang yang dikenali sebagai Teacher Nora. Aafiyah yang memakai swimming suit berwarna merah jambu kelihatan sangat comel dan selesa di dalam air.
Sesi kelas berenang yang dijalankan di kediaman Dato’ Siti itu kelihatan sangat menngembirakan dengan telatah manja daripada Aafiyah yang seronok berada di dalam air. Dato’ Siti sendiri sangat teruja melihat aksi anaknya itu yang disifatkan sangat santai oleh pembantu mereka, Dayah Zubit yang mesra dipanggil kakak oleh Aafiyah.
Melalui video tersebut, jelas kelihatan Aafiyah sangat teruja dan kegembiraannya jelas terpancar di wajah comelnya itu. Meskipun ini kali pertama Aafiyah mengikuti sesi berenang ini, namun keberanian Aafiyah harus dipuji dan sekaligus memberi gambaran bahawa Aafiyah sangat enjoy dengan aktiviti yang dilakukannya.
Jom tonton video di bawah :
Telatah comel Siti Aafiyah yang mencuit hati ketika sesi berenang mengundang perhatian peminat. Rata-rata memuji kecomelan Siti Aafiyah dan keberaniannya ketika sesi berkenaan. Antara komen-komen peminat adalah :
” Best ada teacher ajar… zaman akak dlu ayah angkt baling tgh sungai.. sungguh2 berenang ke tebing.. tenggel4m timbul je.. tu pn ayah pel0k tubuh je tgk dr tebing.. rilex je tgk anak nya.. “
” Yeahhhh… sukanyeee Aafiyah, comel Aafiyah, Wahh… good job, Aafiyah cantik, rasa nk mandi jgk, aku pulak excited tengok Aafiyah kan.. “
” Rindu.. syg Siti Aafiyah anak yg soleha ni, ala seronoknye afiyah dpt swimming, eeeee suaraa tuu manjaa sungguh ger4mmm tau.. ”
” Bagusnya dia tak tak0t pun.. happy je.. anak sy mau muka kelat jdinya, bagusnya dia.. tak tak0t air langsung.. “
” Seronok nya tecer ajar dtg rumah, Aafiyah, on first day swim tak tak0t air. Very good. Good exposure Mak Iti & Datuk Seri Khalid.. ”
” Tengok Aafiyah tak pernah lepas senyum, tengok ctdk seperti takkan habis itu senyum. Indahnya pandangan mata… Love you both.. “
” Cantiknya aafiyah tak sabar nk tunggu dia meningkat dewasa mesti mcm mak nye, comey aafiyah, mcm toktilah yg berenang tu.. “
Berani dan teruja antara kata-kata yang boleh digambarkan untuk Aafiyah ketika sesi pertama kelas berenang ini. Wajah comel persis ibunya ini bakal menjadikan si kecil molek Aafiyah bualan peminat sepanjang masa. Didoakan semoga Aafiyah berjaya dan sentiasa ceria melayari hari-harinya pada masa hadapan. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Nurhaliza Taruddin , Siti Aafiyah Khalid Fans
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Ya Allah nangis saya dengar, sampai macam tu keadaan Amad. Allahu kesiannya Amad.. ” – Komen Netizen