Artis / Selebriti
” Woii menang1s Mahalini tengok korang nyanyi, haha.. ” – Netizen
Video Geng 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin, Pak Azad Dan Haqiem Rusli Menyanyikan Lagu S1al Nyanyian Asal Mahalini Raharja Buat Ramai Terhibur. Macam-Macam Versi Masing-Masing Menyanyi. Suka Hati Je Ubah Lirik Dan Genre Lagu, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram milik Radio Era, telah berkongsi video memaparkan penyanyi Haqiem Rusli sebagai artis jemputan hadir ke studio Radio Era. Difahamkan kehadiran Haqiem di konti Radio Era untuk mempromosikan lagu single terbarunya.
Pelbagai topik telah diborak oleh geng Tiga Pagi Era yang terdiri daripada Nabil Ahmad, Radin, Pak Azad bersama Haqiem. Satu video telah menarik perhatian warganet adalah video mereka menyanyikan lagu yang menjadi trend sekarang di media sosial bertajuk ‘S1al’ nyanyian asal oleh penyanyi dari Indonesia, Mahalini Raharja.
Radin adalah orang pertama yang memulakan nyanyian, seterusnya Nabil, Haqiem dan Pak Azad. Apa yang mencuit hati adalah melihat telatah mereka masing-masing membawakan lagu tersebut dengan pelbagai rentak mereka yang tersendiri.

Perkongsian video itu telah menerima ribuan tanda suka dan ada peminat berseloroh dengan mengatakan penyanyi asal lagu ini akan menang1s jika mendengar lagunya dinyanyikan seperti ini oleh geng Tiga Pagi Era bersama Haqiem.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton video nyanyian geng Tiga Pagi Era bersama Haqiem. Antara komen-komen menarik adalah :
” Woii menang1s Mahalini tengok korang nyanyi, haha.. Sukahati je eh ubah lirik. Pak Azad nie mesti suke gentel hujung baju kan.. “
” Baru nak kagum suara Azad not bad… Lupa lak Azad mmg menyanyi sebelum ni.. Haqiem nyanyi terus dengar rasa insaf, hahaha.. “
” Dah macam2 versi kan, hahaa ada dengar macam dangdut, ada yang macam dengar naysid.. Nabil tu last2 menjer1t ja kan, haha.. “
” Hahahaha tak apelah Radin, abang sesuai jadi penyampai radio je, hahaha r0sak lagu weh.. Aku dengar pun tahan gelak je ni.. “
” Sia-sia ? Haahahahahaha terus ubah lirik kan.. Memandai je sorang-sorang kan, ada yang tak ingat lirik, haha.. “
” Haru betul lah lagu ni boleh dekat depa.. Dengar terus rasa m1grain hahaha.. Sabar jalah perangai hampa semua.. “
” Pak Azad dan Haqiem memang suara sedap.. Nabil dan Radin emmmmmmm tak tahu nak cakap, hahaha.. Jgn mar4h.. “
Lain macam tengok masing-masing menyanyi, penuh perasaan dan begitu menghayati. Tapi kalau dengar, ada yang bunyinya rentak seperti lagu nasyid dan dangdut. Apa-apa pun, kelakar lah tengok telatah geng Tiga Pagi Era ni, memang masuk air.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

