Artis / Selebriti
” Weiii sungguh-sungguh tu YB kejar, laju berdesup betul Bella lari. Melting tengok main kejar-kejar.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq mengejar Bella Astillah di hadapan Palace of Versailles. Fuh laju berdesup Bella lari dengan pakai baju Kebaya, boleh tercungap Ironman kejar Ironlady ni. Sweet sungguh lah couple ni main kejar-kejar..
Duta Primavalet, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq kini berada di Paris dan menyelesaikan beberapa sesi photoshoot untuk kempen Primavalet. Bersiar-siar di kota Paris, pasangan yang sama cantik dan sama manis ini tampil menarik dalam busana baju Melayu dan baju Kebaya keluaran Primavalet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syed Saddiq dan Instagram Primavalet, telah dikongsikan satu video terbaru Bella dan YB Saddiq di hadapan Palace of Versailles. Ini salah satu lokasi tumpuan pelancong kerana pemandangannya yang menarik.
YB Saddiq sudah terbukti kehebatannya sebagai Ironman dan kali ini, YB Saddiq dicabar untuk cuba mengejar Bella. Pada awal video, kelihatan Bella membuka kasut tumitnya dan sepantas mungkin berlari meninggalkan YB Saddiq. YB Saddiq pula mengira dalam kiraan 3 dan sebelum mengejar Bella, sempat YB Saddiq mencampakkan songkoknya ke arah cameraman.

Aksi kejar mengejar pasangan ini yang turut ditonton oleh orang-orang di sekitar mereka membuatkan ramai tersenyum. Betul lah kata Bella, dia seorang sprinter, laju berdesup Bella lari. YB Saddiq mengejar dengan bersungguh-sungguh cinta hatinya itu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cepat lah halalkan , nak tengok versi dah dapat tangkap pastu dukung .. AHHAHAHAHA.. adoii penatlah sengeh bbrp hari ni, yang i’m running with you pun duk terngiang-ngiang lagi, tengok main kejar-kejar pulak.. aku gila wehhh.. “
” Ini ke yang Waibee cakap “kalau kejar you rasa susah sikit” tu.. nie Min ada lagu utk BASS , “Berlarilah kemanapun, Jika Kau Milikku kau Milikku “.. “
” Weiii sungguh-sungguh tu yb kejar, laju bdesup betol bella lari.. betul la Bella cakap dia sprinter masa sekolah.. Dengan Baju kurung n tak berkasut mcm tu je dia boleh lari laju, hebat.. “
” Betul ke YB ni ironman, kejar ironlady xdapat dapat ni haha.. bersemut screen ni aduhhh.. Berdesup Bella lari,laju betol.. tak terkejar ironman kita.. “
” Sorang baju melayu, sorang lagi baju kebaya.. laju pulak larinya.. nasib tak boleh tangkap lagi, kalau tak confirm yb tangkap dah Bella ni.. “
” Ish dia main lari lari pulak.. mana ubat gila aku, aku sudah gila ni. lepas kawin nnt buat balik trend ni okey.. couple ni memang betul betul enjoy tengok.. “
” Part yb campak songkok dia tu attractive betul. Melting tengok, macam bad boy dalam lagu.. Masuk ironman pun x boleh kejar bella .. “
” Main kejau2 pulak ironman dgn ironlady kita ni. Lepas kawen buat balik trend ni, boleh tangkap betul-betul.. penat tau kami berlari 3 4 hari ni hahah.. “
Melihat gelagat YB Saddiq dan Bella berkejar-kejaran begini semakin lebar senyuman pencinta BASS. Di awang-awangan rasanya melihat kebahagiaan Bella bersama YB Saddiq. Semoga cepat ke jinjang pelamin dan buat kembali aksi kejar mengejar versi halal.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Primavalet, Tiktok Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

