Artis / Selebriti
” Wei Pak Azad kena buli. Sekali dengan aku tersemburnya. Ngek la korang ni, haha.. ” – Komen Netizen

Video Pak Azad berlakon menjadi ‘cashier dari neraka’ buat ramai terhibur. Part masa Radin bayar tu okey lagi. Part Nabil datang nak bayar tu lawak. Terkumat-kamit muka Pak Azad minum sos tomato dan minyak, habis bersembur keluar. Berdekah dibuatnya, haha..
Trio 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad sememangnya antara penyampai yang kecoh dan meriah di konti radio. Pak Azad dan Nabil suka membuat jenaka, manakala Radin pula sejenis yang mudah terhibur. Gandingan mereka bertiga memeriahkan konti Radio Era FM.
Meninjau entry di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Nabil, Pak Azad dan Radin berlakon dalam sketsa pendek POV cashier dari neraka. Pak Azad menjadi cashier yang skema dan kedekut, manakala Nabil dan Radin pula sebagai customer.
Babaknya bermula apabila Radin ingin membayar buah-buahan potong tetapi tidak cukup duit. Selaku cashier yang berkira, Pak Azad memakan beberapa potongan buah itu supaya nilainya bersamaan dengan jumlah wang yang Radin mampu bayar.
Babak Nabil pula mula menggeletek hati warganet apabila Nabil membawakan sebotol sos tomoto untuk dibayar. Sama seperti Radin, Nabil juga tidak cukup wang dan Nabil sudah pun bersedia membawa sebatang straw untuk Pak Azad meminum sos tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ang sewel naaa Pak Azad hahah.. nasib sos tomato.. kalau sos cili minum tak haha.. Kalau beli cuka camne gaya lah agaknya.. adui pak azad.. “
” Ni customer dari neraka ni haha. Ngek la korang ni. dengan aku sekali rasa nak tersembur.. bab pekena orang mmg la diorng.. “
” Eiiiiuuu berkecah mulut pak azad haha.. Terhibur sangat.. bongok ah korang, naya pak azad haha.. “
” Weh gila ah korang ni.. Minum minyak sape sembelit laju je kuar haha.. Yang pak Azad pon p minum betul2 memang tersembur lah.. “
” Berdekah, lawak la Pak Azad. Buat hal betul la Pak Azad ni.. tak pernah tak kelakar lah dorang ni.. “
” Bagi bonus pak azad itu video ni tinggi sikit hahaha, kesian sanggup .. Menjadi jadi la pak azad ni , Haritu jadi Intan.. “
” Wei Pak Azad kena pedajal dengan Nabil Radin haha. Sekali dengan aku tersemburnya haha. ni bukan cashier dari neraka, customer tu yang dari neraka haha.. “
Masuk air betul lah 3 sahabat ni. Nabil dan Radin kaki menyakat, Pak Azad pula tak sah kalau tidak membuat lawak. Part Pak Azad menyembur keluar sos dan minyak membuatkan warganet pun rasa nak tersembur juga. Apa-apa pun, tahniah buat team 3 pagi Era yang selalu menghiburkan kita.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar