Artis / Selebriti
” Wei dah agak mesti gelak punya. Terguling-guling Khiriah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

Video behind the scene babak Azhan Rani dan Noorkhiriah dalam drama Seribu Tahun buat warganet terhibur. Berdekah Khiriah dan kru ketawa dengan dialog Azhan tu. Tak jadi nak sedih, lawak sungguh, haha..
Drama Seribu Tahun yang kini disiarkan di TV3 antara drama kesukaan ramai. Gandingan pelakon hebat yang menjadi tunjang utama drama ini, Azhan Rani dan Noorkhiriah menghidupkan drama ini. Emosi bercampur baur melihat watak Shukri dan Nor.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nurshapie_, telah dikongsikan satu video yang memaparkan di sebalik tabir ketika babak Shukri dan Nor. Dalam babak ini, Shukri melarang Nor untuk pergi kerja kerana dia yang sepatutnya keluar bekerja. Shukri memberitahu dia mahu ke kilang arang Pak Akob.
Nor pula memberitahu kilang arang itu telah terbakar dan di situ lah bermulanya dialog lucu antara Shukri dan Nor. Jika dalam scene sebenar penonton sedang bersedih dengan babak ini, namun selepas mendengar ayat Shukri semua terbahak ketawa.
Nor kelihatan cuba menahan ketawanya ketika babak ini dan ternyata ketika penggambaran, Khiriah memang tidak dapat menahan untuk gelak. Part Shukri menukar nama Pak Akob kepada Pak Abu mencuit hati warganet. Ramai yang merasakan dialog ini tiada dalam skrip dan ditambah sendiri oleh Azhan.
Jom tonton video di bawah :
@nurshapie_ Replying to @Matahariku Manatau niiii😂😂😂😂
Dialog dalam drama sebenar :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahahaha part ni aku tergelak.. Kesian pak akob, tak memasal jadi abu haha.. Lepas ni panggil Pak Abu.. Ingat dia nak cakap arwah.. “
” Ak geram je ngn azhan rani ni, makin tue makin menjadik ae.. Korang yg mana tengah broken, hati bagai dicarik2, air mata tgh meleleh laju, elok duduk tepi syukri ni. Kaunselor pun kalah. Comfirm air mata tersedut naik balik dgn layan ayat kelako dia.. “
” Pak Akob masa meninggal terus kena tukar nama jadi Pak Abu.. masalah dia.. kita tengah nangis, tetiba dia bleh buat lawak… otak aku Pon confused nak sedih lagi atau nak gelak pulak.. adui depa ni laa.. “
” Confirm part ni mesti skrip sendiri, aku pun gelak. Emosi keliru, kejap nangis kejap gelak haha.. Macam mana dorng boleh tahan blakon gini klau aku dah 2 hari gelak tak brenti wehhh.. “
” Lawak scene ni haha.. mula2 keluar air mata sbb sedih lepas tu terus bedekah.. AP ek mcm keluar skrip sendiri.. siap ckp ”pak akob dgn arang pn abg tk dpt beza, dia snyum bru npk” tk tahan membahan haha.. “
” Tak jadi nangis terus gelak tengok perangai abang Syukri haha.. aku gerammmm je dgn Syukri ni.. nak sedih pastu dia buat lawak pulakkk … aduiiu.. terguling-guling khiriah ketawa, haha..”
” Wei dah agak mesti gelak punya.. mase tgok scene ni dlm hati sy “dialog ni mcm spontan je”.. aku xtau laa pengarah dan crew blh thn perut gelak dgn 2 orang idola ni.. aku yg tgk ni pn xtahan dh perut gelak.. “
Memang tidak boleh tahan ketawa dengan ayat kelakar dan spontan si Azhan ini. Dalam drama sudah nampak Khiriah menahan ketawa, rupa-rupanya memang gelak sampai tergolek-golek gara-gara ayat Azhan. Gandingan Azhan dan Khiriah memang hebat dan drama ini pasti akan menjadi ingatan penonton selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok NurByKhiriah, IG Astro Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kutu buat comeback pulak guys. Patut lah dia tak tenang.. ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saya tak pernah buat orang macam ni, saya minta maaf.. ” – Umie Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pandai lenggok dah Thalita, versi berbeza dengan penyanyi asal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ah sudah, lari daripada Iman, jumpa Walid pulak. Makin lambat laa ko nak khatam iqra Chem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa nak melompat bila dengar Spacedollah cakap macam tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara kau kontrol emosi dekat mahkamah sangat hebat, aku salute kau.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada hari itu kita menerima berita, kita terpaksa accept selama-lamanya.. ” – Achey Bocey