Artis / Selebriti
” Weh lain betul, sampai tak cam siapa. Lawa teruk, paling mantul.. ” – Komen Netizen
Video hasil sentuhan makeup Dato’ Alha Alfa untuk Nad Zainal buat ramai terpegun. Fuh berubah terus wajah Nad, dah macam baby doll. Lawa sungguh..
Dato’ Alha Alfa merupakan seorang makeup artis dan pengasas kosmetik yang cukup popular di kalangan warganet. Hasil sentuhan tangan Dato’ Alha sememangnya cantik dan kemas. Dato’ Alha juga tidak lokek berkongsi tips dan video solekan yang boleh warganet jadikan sebagai rujukan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Alha Alfa dan Nad Zainal, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nad Zainal menjadi model untuk solekan Dato’ Alha. Bagi episod Look 18 ini, tema Dreamy Angel Glam menjadi pilihan.
Nad sudah lama menggunakan khidmat Dato’ Alha dan pelbagai jenis solekan telah dihasilkan sebelum ini. Untuk menyiapkan Nad, Dato’ Alha sedikit gusar kerana Nad bukan lah sejenis yang suka bersolek tebal. Namun Dato’ Alha mencuba yang terbaik untuk memberikan kelainan pada wajah Nad.

Satu demi satu langkah ditunjukkan sehingga lah selesai wajah Nad disolek. Hasilnya cukup mengagumkan dan wajah Nad berubah sehinggakan ramai yang tidak mengecam itu adalah Nad. Nad sendiri teruja melihat wajahnya dalam look sedemikian, memang gempak hasil solekan Dato’ Alha kali ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 37 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantiknya sayang saya ni.. Pergh even no makeup pun dah lawa sangat sangat Nad ni. Mmg dia kena betholl look ni.. “
” Real life doll, cantiknya look ni.. uishhh love teruk ni nyahhh.. She nmpk lainnnnn ekkkkk … Love.. tak cam ni Nad.. “
“Kalau tak tgk muka sebenar tak kenal siapa wehhhh.. Dalam ramai2 makeup glam..make up Nad zainal paling lawa.. “
” Banyak-banyak artis yang alhaalfa make over ini paling cantik kebabom dan win lah nampak lain dari rupa asal dia kan yang artis lain tu still boleh nampak dia orang lah ini kalau tak perasan ingatkan awek arab tadilah cantik betul love sangat make up nie lah teringin nak jugak dapat make up macam nie kan.. “
” Weh… Lain betul.. Sampai tak cam siapa.. Lawa teruk.. Paling mantulll.. First time tgk ingatkan uqasha. Lawa sangat sangat.. “
” Lahhh nad ke . Xperasan Ahhahaha lawa gilerrr.. uish pukul 3 pagi tengok ni ingatkan puteri bunian. masyaAllah nad ni kalau tak makeup pon cantik tambah makeup lagi laaa , cantik.. “
” Lahhhhh tak kenal terus.. ‘siapa ni.. sekaliii haaa nadz zainal.. lawa habis. tak pernah nmpak nad makeup macamni.. sesuai sangat.. “
Sentuhan magic Dato’ Alha tidak pernah mengecewakan dan Nad kelihatan berbeza dengan look ini. Menawan, jelita dan terpaling wow, Nad seperti baby doll yang hidup. Apa-apa pun, tanpa solekan Nad sudah sedia cantik dan licin kulit wajahnya. Sesekali makeup tebal seperti ini, wajah Nad jadi bertambah lawa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alha Alfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

