Artis / Selebriti
” Weh aku punya la fokus, tak dapat tangkap lagu apa. Berkerut dahi aku nak teka lirik ni lagu apa, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan tampil sebagai tetamu podcast Pak Nil, Kita Kita Aje Podcast buat ramai terhibur. Part Amayan menyanyi lagu kegemaran paling kelakar. Dengan Pak Nil sekali fokus sebab hendak ingatkan melodi sebenar lagu tu, haha..
Nama Ammar Ahyan menjadi sebutan ramai dan anak teruna Dato’ Aliff Syukri ini semakin hari semakin pandai berinteraksi dengan orang ramai. Dari seorang yang pemalu untuk ke hadapan, Ammar pada hari ini lebih berkeyakinan walaupun kadangkalanya kelihatan sedikit blur.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kitakitaajepodcast, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sesi podcast Ammar bersama hostnya, Datuk Aznil Hj Nawawi. Banyak yang dibicarakan sepanjang podcast ini mengenai kehidupan Ammar sebagai anak kepada Dato’ Aliff.
Kata Ammar, abahnya yang selalu memaksa dia menyanyi. Ketika Pak Nil bertanyakan kepada Ammar lagu kesukaannya, Ammar menjawab lagu satu tajuk lagu nyanyian Iklim. Dengan penuh keyakinan, Ammar cuba menyanyikan lagu tersebut sebaiknya untuk memenuhi permintaan Pak Nil.
Mendengar nyanyian Ammar, ramai yang tidak dapat meneka lagu tersebut. Ini kerana melodi lagu itu dinyanyikan secara mendatar sahaja oleh Ammar seakan-akan sedang bersyair. Nasib baik lah pada penghujung video ada diselitkan MV lagu tersebut, itu rupa-rupanya lagu yang dinyanyikan oleh Ammar.
Jom tonton video di bawah :
@kitakitaajepodcast Pecah rahsia… abah selalu paksa menyanyi! Okay tak suara Ammar Ahyan ni? Agak-agak boleh pergi jauh ke? Banyak lagi rahsia Ammar yang akan buat korang ternganga! 😱 Jangan lupa janji temu kita di Kita-Kita Aje Podcast! 🎙️ 📆 Khamis | 25 September 2025 ⏰ 8:00 malam #KitaKitaAjePodcast #AmmarAhyan #PodcastMalaysia #BoosterMinda #VitaminMinda
♬ original sound – Kita Kita Aje! Podcast – Kita Kita Aje! Podcast
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jarang org tau lagu iklim yg tu. apatah lagi gen Z mcm ammar. hebat ah. ingatkan dia nyanyi lagu masdo tadi, bagai bulan jatuh ke riba rupanya memang ada lagu tu haha.. “
” Aku keliru mula mula dia syair apa. tengok mv lagu lepas tu baru tahu, la lagu Iklim ke haha.. kira powerlah dia tahu nyanyi lagu ni.. jiwang kapak ni.. “
” Weh aku punya la fokus, tak dapat tangkap lagu apa. Aku sampai nak cari kat Youtube. Sib baik last tu ada MV nya, haha.. lepas keluar klip video lagu baru tau tu lagu apa.. amayan amayan.. “
” Otak saya loading nak tau lagu apa. mcm tak tally tajuk dgn lirik. tu yg dgr sampai abis, haha.. ya Allah, sebijik papa laris weh.. “
” Aku dengar sampai habis amayan nyanyi sebab nak tahu lagu apa.. lepas keluar mv baru aku “ohhh ya Allah lagu ni ke” .. tak dapat tangkap lagu apa masa amaryan nyanyi.. “
” HAHAHAHA aku ingat bulan jatuh ke riba tu dia nak nyanyi lagu fimie don.. baru nak terkejut, sekali iklim ghupenya.. Pak Nil fokus sbb nak ingatkan melodi dan tune lagu tu yg ori, hehe.. “
” Berkerut dahi aku nak agakkan lirik ni lagu ape, haha.. boleh aplly i cant see you voice ni amayan.. amayan aku cari tau lagu tu tak sama langsung tau melodi dia.. “
” Wehhh klasiknya gen Z sorg ni… Aku yg suka layan lagu 90an ni pn xtau lagu ni.. blur aku lagu apa lah tu.. sumpah aku tak boleh tangkap lagu ni bila dia menyanyi, haha.. “
Ammar gen Z tetapi jiwanya ala-ala geng 90-an ni, lagu jiwang karat yang sukar untuk diteka apabila mendengar Ammar yang menyanyikannya. Apa-apa pun, seronok melihat Ammar yang begiyu sopan santun bersama Encik Pak Nil. Semoga Ammar boleh menjadi pengacara hebat seperti Pak Nil suatu hari nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kitakitaajepodcast
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Speechless, this beautiful reunion fills my heart.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Berdentum wey bunyi dia. Elok pulak tu lepas baca Bismillah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Part ni pecah perut kami. Yang bestnya cameraman siap follow Pak Nil lari lagi, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meremang, improvement yang kaw kaw. Ada talent yang sangat luar biasa.. ” – Komen Netizen