Artis / Selebriti
” Walaupun tak sempat nak bersama, dia kenal itu ibu dia. Allah, sebak lah tengok.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Ayash Affan ketika menonton video nyanyian arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin buat ramai tersentuh. Ayash kenal ibu, sebak masa Ayash sebut ‘ibu’ bila nampak muka arwah kat video..
Meninjau di akaun TikTok milik abpbh36, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan telatah anak bongsu pelawak, Shuib Sepahtu iaitu Ayash Affan. Menerusi video itu, kelihatan Ayash sedang berada di dalam sebuah kereta dan disuap makanan oleh mummynya, Watie.
Ketika menikmati makanan yang dimakannya, Ayash juga sedang menonton video nyanyian arwah ibunya, Siti Sarah di paparan skrin di dalam kereta itu. Kedengaran ada suara seorang lelaki bertanya ‘siapa’ kepada Ayash. Ayash memberikan jawapan dengan berkata ‘ipuu’ (ibu).
Perkongsian video ini telah membuat ramai yang tersentuh. Ada yang mengatakan walaupun Ayash tidak sempat bersama ibunya, namun Ayash tetap mengenali Siti Sarah adalah ibunya. Selain itu, ada juga memuji sikap Watie yang dikatakan seorang ibu tiri yang sangat baik.

Sehingga kini, video Ayash tersebut telah ditonton lebih 180 ribu tontonan dan menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Sebak pula mendengar Ayash menyebut perkataan ‘ibu’, Ayash sudah kenal siapa ibu kandungnya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@abpbh36 get ready nak tgk dekta ke tu ayyash #shuibsepahtu #watiehanifiah #fyp #fyppp #fypp #esekeli #foryou
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet selepas menonton perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Walaupun tak sempat nak bersama, dia kenal itu ibu dia. Allah, sebak lah tengok.. Semoga Ayash menjadi anak yang soleh yer.. “
” Ayash tahu ibu dia lah.. Btw bagus Watie ni.. Nmpk keikhlasannya jaga ank² Shuib Semoga kekal hendaknya, Aminnnn YRA.. “
” Allahu syg kmu tak pnh jmpe ibumu syg tp kmu knl ibumu syg.. Bhgialh ibumu di sana syg.. Beruntung anak-anak Shuib, dapat ibu ganti yang sangat baik.. “
” Awal dulu ramai kecam Watie.. Alhamdulillah wati tetap jalani kerana dia tau niat dia ikhlas.. Moga kekal dan hub mereka diberkati Allah s.w.t.. “
” Sedih pula dengar dia sebut ibu tu.. Kejap betul Ayash dah besar.. Baik isteri baru Shuib. Semoga dibagi ganjaran pahala menjaga anak2 Shuib. Semoga bahagia hingga ke jannah.. “
” Alhamdunillah Ayash kenal ibu dia.. Syukur anak syuga.. Allah pandai betul lah dia.. Sayang Ayash Affan.. Semoga jdi anak Soleh.. Aaminnn.. “
” Hebat Watie ni dia kawin sekali dgn masa lalu Shuib dan anak anak.. Terima kasih Watie, jagakan anak-anak yatim ini.. Moga Watie memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda.. “
Diam tak diam, sudah 3 tahun lebih arwah Siti Sarah meninggalkan kita dan begitu juga lah usia Ayash sekarang. Sehingga ke hari ini, pemergian arwah sangat meruntun jiwa orang ramai. Apa-apa pun, semoga arwah Siti Sarah Raissuddin tenang di sana serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok abpbh36, IG shuibsepahtu, iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen

