Artis / Selebriti
” Walaupun gagal menjadi suami yang terbaik tapi dia tidak gagal menjadi anak yang menjaga mak dia.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Mak Jenny apabila Nubhan membawa pulang hadiah dan trofi kemenangan di Gegar Vaganza raih perhatian ramai. Seronok Nubhan mengusik Mak Jenny. Part Mak Jenny cerita tentang doanya untuk Nubhan tu touching sangat dengar..
Nubhan, nama yang menjadi perbualan ramai sejak masalah rumahtangganya kecoh diperkatakan di media sosial. Walaupun Nubhan berhadapan dengan pelbagai masalah, Nubhan kekal komited di pentas Gegar Vaganza dan hasilnya Nubhan berjaya meraih tempat ketiga.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nubhan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nubhan pulang ke rumah ibunya, Mak Jenny sambil membawa pulang hadiah dan trofi yang dimenangi. Kata Nubhan kepada Mak Jenny, setelah 3 bulan, Alhamdulillah rezekinya memperolehi hadiah RM 30 ribu.
Nubhan seperti biasa suka mengusik Mak Jenny. Ada sahaja akalnya ingin menyakat Mak Jenny. Cara Nubhan melayani dan menyantuni Mak Jenny mendapat pujian daripada warganet. Memetik komen warganet, Nubhan sebagai seorang anak memang sempurna dan anak soleh.

Nubhan turut diraikan oleh para pekerjanya atas kejayaannya di pentas GV. Masa untuk GV sudah tamat dan sekarang masa untuk Nubhan bersama pekerjanya menggiatkan jualan produk Mak Jenny pula. Nubhan seorang majikan yang baik dan sangat akrab dengan pekerja-pekerjanya.
Jom tonton video di bawah :
@nubhan86 Dah selosai GV… alhamdulillah dah pueh dah🙈 #omakjenny #nubhan #fyp
♬ Sound of flowing water (ASMR) 3D sound(938614) – MN Field Record
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Susah mcm mana sekali pon ibu akan sentiasa jd pembakar semangat, sentiasa ada walaupon hati seorang itu tu terhiris … doa ibu tiada hijab.. “
” Walaupun gagal mnjadi suami yang terbaik tapi dia tidak gagal menjadi anak yang menjaga mak dia. sihat selalu mak jenny.. “
” Kalau dengan isteri bukan selamanya tpi dgn ibu kasih sygnya smpai bila2.. Haraplah ank2 lelaki sy layan sy mcmni nnt bila dh tua.. amin.. “
” Selagi mano nubhan ni meraja kan ibu nya.. den sokong dio.. semoga allah permudahkn perjalanan nubhan.. amin.. “
” Sebagai sorg lelaki dan sorg bapa.. tahniah nubhan.. satu contoh yang baik dalam menjaga ibu.. aku pon wish dapat jaga ibu aku mcm ko nubhan.. “
” Zaman skrg ramai je anak anak yg abaikan ibu bapa, kdg smpi meninggal pn tak jenguk. Hal peribadi tu hal dia, ni contoh anak yg baik.. “
” Memang x dinafikan mslh mereka.. sy kagum dgn nubhan utmkn emknye sbb mak x bolh dicri dan diganti .dialah syurga kte. ape pun doakn terbaik buat mreka.. “
Walau pun banyak kontroversi yang melanda kehidupan Nubhan, namun cara Nubhan meratukan Mak Jenny wajar dipuji. Syurga seorang anak lelaki itu di bawah telapak kaki ibunya. Semoga kaum lelaki yang menonton video ini boleh menjadikan sikap Nubhan terhadap Mak Jenny sebagai contoh dan inspirasi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nubhan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti1 day ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

