Artis / Selebriti
” Walaupun dah cerai tapi tetap kekalkan hubungan. Takde dendam, takde toxic.. ” – Komen Netizen
Video Shikin Maembong Dan Cat Farish Beraya Di Rumah Dato’ Chef Wan Raih Perhatian Ramai. 1st Time Jumpa Cat Farish, Chef Wan Layan Macam Anak Sendiri. Siap Buat Kopi Special Dan Bergurau Senda Dengan Cat Farish !!
Meninjau ke akaun Tiktok Shikin Maembong, perkongsian sebuah video yang memaparkan sambutan hari raya Aidiladha Shikin sekeluarga di rumah Dato’ Chef Wan telah meraih perhatian ramai. Umum mengetahui Shikin pernah berkahwin dengan anak Chef Wan yang bernama Chef Riz.
Shikin datang ke rumah Dato’ Chef Wan bersama suaminya iaitu Cat Farish dan anaknya bersama Chef Riz dahulu, Arianna. Turut serta anak lelaki Cat Farish. Walaupun Shikin sudah berpisah dengan Chef Riz, layanan yang diberikan oleh Dato’ Chef Wan tetap terbaik.
Menurut Shikin, ini merupakan kali pertama Dato’ Chef Wan bertemu dengan Cat Farish. Namun kedua-duanya sangat serasi dan sangat kelakar apabila berbual bersama. Wah, memang terbaiklah keluarga ini dalam menjaga hubungan silatulrahim.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampak sungguh meriah sambutan hari raya keluarga ini dengan pelbagai juadah disediakan. Apabila hubungan ini terjaga, anaklah yang paling gembira. Arianna cukup bertuah mempunyai mempunyai datuk seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
@shikin_maembong Raya haji rumah atok Chef Wan π₯° Atok spontaneous funny even first time jumpa @Cat Farish.. dua-dua kelakar, riuh rumah dibuatnya.. kami borak, makan, gelak.. borak makan gelak sampai petang.. a wonderful, happy cheerful day for us and @AriannaNatasyaoffical .. Tq papa for having us & the endless love π we love u!! #catfarishfamily #chefwanfamily #farishikin #chefrizfamily
Ramai yang memuji sikap baik Dato’ Chef Wan terhadap Shikin dan juga suami barunya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Suka tgk wlpn bekas menantu hubungan tetap baik. trbaik chef wan.. alhamdulillah.. rapatkan lg ukhwah, moga berkekalan.. “
” Chef wan walaupn mulut potpet potpet tapi hati sgt baik. tgk mcm mna dia jaga ex wife sampai akhir hayat arwah. 1 dlm sejuta nk jumpa org mcm ni.. “
” Seronok nye walaupun dah cerai tp tetap kekalkan hubungan… ini yg bagus nye.. xde dendam xde toxic. alhamdulilah.. suka tgk.. pertalian tetap x putus.. “
” Alhamduliilah.. pndpat sy chef wan ni sume org dia tgur, even anak sndri pun kena tgur. marah tanda sayang.. Mmg dia Atok and father in law yg Baik.. “
” Di usia2 senja ni BT pe laa nk brdendam dgn org. past is past. idup nk tenang2 jer.kan tokwan kan.. Alhamdulilah walaupn dh bergelar ex tapi hubungan tetap baik.. “
” Semoga hubungan ini kekal. After all, bila meningkat usia ni, kita nak hidup tenang2 je, xnak ada konflik. baik chef wan ni. suka tgk dia. moga Allah panjangkan umur chef wan dan dikurniakan kesihatan yg baik.. “
” Alhamdulillah nampak chef wan Masih Cargas semoga dipermudahkancdatuk. untung berbaik dgn chef wan, dia baik hati. kalau dia marahΒ² tu dgrkan je lah, org tu suka membebel , luahkan hati.. pastu dia ok balik.. “
Bak kata pepatah, ‘ buang yang keruh, ambillah yang jernih ‘. Walau apa pun berselisihan dalam keluarga yang berlaku, betulkan lah kesilapan dan sentiasa muhasabah diri. Semoga hubungan baik keluarga terus berkekalan selamanya. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shikin Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen