Artis / Selebriti
” Wahh Waheeda dah jadi nenek rupanya.. ” – Netizen
Video Waheeda Wassini Kongsi Cerita Kenapa Menyepi Dalam Industri Seni Selama 15 Tahun Raih Perhatian Warganet. Wah Lamanya Tak Nampak Waheeda, Dah Ada Cucu Rupanya !!
Pastinya ramai yang kenal dengan penyanyi Waheeda yang pernah popular dengan lagu Wassini pada satu ketika dahulu. Kini Waheeda telah membuat kejutan kembali ke arena muzik tempatan selepas lebih 15 tahun berehat.
Untuk pengetahuan semua, bekas pemenang tempat ketiga Voice of Asia ini berehat daripada kerjayanya dalam industri muzik pada tahun 2009 selepas berkahwin dengan penyanyi dan pendakwah bebas terkenal iaitu Akhil Hayy.
Terbaru di akaun Instagram Majalah Nona telah dikongsikan video yang memaparkan temubual bersama Waheeda. Menerusi video itu, Waheeda berkongsi cerita mengenai kehidupannya sepanjang menyepi dan sedikit perkongsian mengenai misinya dalam dunia seni.

Waheeda berkata sebelum ini dia memberikan fokus membesarkan anak-anak dan kini anak-anak sudah membesar. Bahkan Waheeda juga berkongsi yang dirinya sudah bergelar seorang nenek. Selain itu, jelas Waheeda kemunculannya pada kali ini adalah untuk bergelar composer, serta membina platform untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam dunia seni dengan ilmu.
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Wahh Waheeda dah jadi nenek rupanya.. Waheeda ni pun pernah menjadi fenemona di Malaysia suatu ketika dulu.. Love u sister.. “
” Filem Anak mami kembali masih diingatan… Tolong Ida bang.. Mak suruh masak, tapi Ida tak reti.. Last last tokwan pun bersekongkol, hehe.. “
” Waheeda seorang beauty with brain. Petah dan bijak berkomunikasi dan english dia pun power. Rindu nya aku kat Waheeda punya karya seni nya.. “
” MasyaAllah.. Sy minat sngt, moga dipermudahkan segala urusan.. Suara tu maintain je macam dulu.. Love sangat lah dengar.. “
” Love her song.. Padu bak hang.. Waheeda & giegiel – song title is mencari.. Welcome back Waheeda, semoga smuanya dipermudahan.. “
” Perfect niqab.. Niqab bukan fesyen, ada setengah berniqab tapi jelas menghiasi kening dan mata.. Suka Waheeda, dia jenis yang tegas cara dia bercakap, takde melehoy2 manja2.. “
” Cara dia bercakap itu memang educated.. Orang yang ilmu penuh di dada.. Bercakap pun dah sedap suaranya.. Best sangat.. “
Pasti ramai yang teruja mendengar perkongsian Waheeda, menarik misi yang dikongsikan yang sememangnya membawa kelainan. Apa-apa pun semoga segala perancangan Waheeda tersebut akan berjalan dengan lancar dan segala urusannya akan dipermudahkan. Welcome back Waheeda..

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahnona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” The Cullen Family versi Malaysia. Vibes diorang mahal, aura tu superb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayash suka betul dengan lagu arwah ibu, pandai dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dengan Achey bukan main serius. Tapi bila nampak Abang Jamil asyik tersasul je yer, haha.. ” – Komen Netizen



