Artis / Selebriti
” Wahh konvo dan perform sekali, meriah betul.. ” – Netizen
Video Persembahan Khas Graduan SCIMPA Oleh Tomok, Aril, Maulana AF, Haziq Dan Rakan-Rakan Di Hari Konvokesyen UUM Raih Perhatian Ramai. Wah Siap Pakai Selempang Emas Lagi, Bukan Kaleng-Kaleng Yer !!
Meskipun sibuk dalam kerjaya, tiada alasan buat penyanyi Tomok tidak mengutamakan aspek pelajaran. Semalam, Tomok berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri dengan kepujian daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) .
Selain Tomok, artis lain yang turut konvo bersama adalah Aril, Pekin Ibrahim, Haziq dan Maulana. Meninjau di akaun Tiktok milik UUM telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan khas graduan SCIMPA oleh Tomok serta rakan-rakan lain.
Kelihatan mereka semua menyanyikan lagu Seribu Impian nyanyian asal oleh Casey. Perkongsian video tersebut menarik perhatian warganet. Ada peminat yang mengatakan sudah lama tidak melihat Maulana dan memuji persembahan mereka bersama.

Selain itu, menerusi video lain, Haziq membuat persembahan solo menyanyikan lagu Lemak Manis. Kedua persembahan ini mendapat tepukan gemuruh daripada semua tetamu. Sehingga kini, perkongsian video-video itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TiktTok.
Tonton video di bawah ini
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@uumsintok Persembahan khas graduan SCIMPA (Tomok, Aril, Maulana, Haziq & rakan2) #uum #uumsintok #lemakmanis #lemakmanishaziq #lemakmanisroslanmadun #konvouum36 #trending #freepalestine🇵🇸❤️ #fyp #cintakusampaikeeuthopia #topuniversity #tomok #aril #haziq #maulana
@uumsintok Lemak Manis live oleh Haziq AF, Tahniah Haziq graduate hari ni💪☺️😍🥰#uum #uumsintok #lemakmanis #lemakmanishaziq #lemakmanisroslanmadun #konvouum36 #trending #freepalestine🇵🇸❤️ #fyp #cintakusampaikeeuthopia #topuniversity #university #universitylife
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video tersebut, ramai memberikan kata ucapan tahniah buat Tomok serta rakan-rakan. Antara komen-komen warganet adalah :
” Aamdulillah. Congratulations for the first class honours. It takes a very long journey to reach this point. Tahniah Tomok. Happy for you. Proud of your journey.. “
” Wahh konvo dan perform sekali, meriah betul.. Untung lah siapa2 yang konvo sama hari dengan artis2 ni.. Hehe dapat tengok konsert free.. “
” Lagu ni memang sesuai untuk konvo, majlis graduasi sekolah.. Lagu lama tapi masih segar malar. Seribu Impian oleh Casey.. “
” Betul laa tu Maulana. Tgk video satu lagi depan pekin hahaha.. Lama betul tak tengok dia.. Huhu satu group ek konvo, bestnya.. “
” Kalau pakai selempang biasanya 1st class degree kan.. Tahniah Tomok lah utk ijazah sarjana muda pengurusn industri kreatif dengan kepujian.. “
” Tahniah semua, memang agak sukar Bekerja sambil belajar. Saya pun ambil masa yg lama untuk habiskan tapi yang penting tetap habiskan Pembelajaran. Tahniah sekali lagi.. “
” Tahniah Tomok dan semua rakan seperjuangan…Teruskan menjadi inspirasi buat anak muda untuk teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.. “
Tahniah diucapkan buat semua. Kalau dilihat bukan calang-calang yang memakai selempang emas kerana mereka antara yang mendapat Anugerah Dekan setiap semester dan Ijazah Kelas Pertama. Semoga Tomok serta rakan-rakan akan terus maju jaya selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok uumsintok, IG tomokofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen



