Connect with us

Artis / Selebriti

” Wah Tok Red, lain betul rupanya. Kurus dan handsome.. ” – Komen Netizen

Anak Sulung Dato’ Red, Aziera Kongsi Gambar Dato’ Red Ketika Zaman Muda Raih Perhatian Ramai. Wah Handsome Dan Kurus Betul Tok Red Masa Muda. Patut Lah Ramai Peminat, Hehe !!

Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan gambar Dato’ Red ketika muda telah meraih perhatian ramai orang. Gambar tersebut dikongsikan oleh anak sulung Dato’ Red, Aziera dengan kapsyen ” Get well soon “.

Pada ketika ini Dato’ Red tidak begitu sihat bersama bekas isterinya, Adira Suhaimi serta anak-anak mereka. Mereka sekeluarga dimasukkan ke dalam wad hospital. Semoga kesemuanya cepat sembuh seperti sediakala. Dato’ Red juga sempat live beberapa kali ketika berada di hospital untuk menjual produk di Tiktok.

Rasanya jarang sekali kita melihat gambar Dato’ Red ketika muda. Ketika muda, Dato’ Red kelihatan kurus dan menyimpan misai. Ada yang menyatakan Dato’ Red nampak handsome ketika muda dan ada yang menyamakan wajah Dato’ Red dengan seseorang.

Tidak kurang juga yang menyatakan Dato’ Red nampak lebih muda apabila meningkat usia. Pastikan Dato’ Red di dalam gambar tersebut berusia awal 20 an. Perkongsian gambar ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.

Jom tonton video di bawah :

@putehhhx

Get well soon tok🀍 #abgred #datored

♬ Sempurna Waktu – iR Radzi

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat wajah Dato’ Red ketika muda. Antara komen-komen yang diberikan :

” Ya dulu dia lain sikit bnyak koleksi dia dgn Ziera masih saya simpan.. sunyi hidup tanpa lif tokred..Β wow! kuwus & encem ar Abg Red.. “

” Masa tu umo papa berape ya ziera.. knp aku tgok dh mcm PMX.. Kakak rindu tok red ye? Jaga tokred utk kami ye kak zira.. Kami syg tokred kerana Allah Taala.. “

” Wahhh tok red lain benor ghuper nyer.. sepi tanpa live tok red n Ami,SMG tok n Ami cepat sembuh.. Td tngk igs ami. ami ckp dh blh balik dah.. “

” Dasyat TokRed…Sarjan Misai. nape skrg ni tok nampak lg muda dari dulu.. Dah macam guru besar je tok red. perghhh abg Red zaman muda2 dulu perghhh Machooo Ooo.. “

” Moga cepat sembuh tok ketua kami .sunyi laa tok tak lifee.. manis muka tok muda2 ada iras arwah penyanyi nasir wahab.. “

” Tok red Muda2 nmpak tua da tua nampak muda.. lololol…comel ziera dgn papanya.. masih tadika masa tu kali ekk.. “

” Skrng semenjak dh pandai gi facial muka.. eksen dia lain mcm.. ami yg cantik meletop tu pn dia panggil bibik.. patutlh tok x da live…… moga cepat sembuh tok.. “

Sebenarnya tidak banyak berbeza wajah Dato’ Red ketika muda dengan wajahnya kini. Yang membezakan ialah Dato’ Red kini semakin berisi berbanding dahulu. Semoga Dato’ Red sekeluarga cepat sembuh dan kembali menceriakan sesi live.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Putehxx

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT