Connect with us

Artis / Selebriti

” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen

Video Que Haidar menyanyikan satu lagu khas untuk Fazura ketika sedang live buat warganet teruja. Wah lagu bukan main jiwang lagi Abang Jamil. Haishh tepat ke hati ni, confirm Faz pun tersenyum dengar.. 

Que Haidar dan Fazura sudah lama bersahabat dan hubungan mereka sebagai rakan industri kini bertambah erat apabila digandingkan dalam Jakel. Banyak perkara yang tidak mereka ketahui sebelum ini diketahui setelah sesi takruf yang dilakukan ketika live tempoh hari.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Inairus99 dan Manusia Jadian, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan live terbaru Que semalam. Ramai viewers ketika itu meninggalkan komen mengatakan Fazura sedang menonton live Que.

Que pula dengan wajah yang tersipu-sipu malu menujukan satu lagu khas untuk Fazura sekiranya benar Fazura mengikuti live itu. Lagu dendangan asal penyanyi negara jiran, Maudy Ayunda ini berkisarkan mengenai perjuangan demi sebuah cinta.

Suara Que mendendangkan lagu ini mendapat pujian daripada warganet. Suara Que memang lunak dan merdu. Lirik yang cukup mendalam maksudnya untuk seorang sahabat dan dinyanyikan dengan cukup sempurna. Bukan sahaja Que yang tersenyum tetapi warganet juga teruja melihat Que menyanyi.

Jom tonton video di bawah :

@inairus99

Perahu kertas untuk awakk.. #Perahukertas #quehaidar #fazura

♬ original sound – inairus99 – inairus99

Ribuan tanda suka telah pun diberikan untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Syahdu menyentuh hati nyanyian Que ni. Haishhh jiwangnya FazzQue.. deep sangat lirik lagu ni.. “

” Abang Que jangan lama lama tau hehe.. wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. lirik dia mendalam guys.. yang faham je faham.. “

” Confirm Faz dengar ni.. dia memang tuju lagu ni dekat Faz kan.. bila dia tahu faz masuk live dia, terus dia bagi lagu ni.. “

” Uish angau betul dah ni.. aku tak rasa abang que n kak faz ni marketing untuk jakel je.. kita doa baik baik je untuk mereka berdua.. “

” Que dah bagi hint dekat fazura untuk cuba dapatkan dia kan.. so kita tunggu je guys jangan menekan-nekan hehe.. “

” Wow lirik lagu ni pun, sesuatu sangat…faz suka lelaki caring.. mungkin ada rasa jatuh hati juga pada que.. kalau ada jodoh, ramai yang doakan dorang berdua bahagia.. “

” Pandai betul cari lagu eh.. tembakan tepat ke hati lagu ni.. saya rasa que memang suka faz.. kita doakan moga terbuka pintu hati mereka.. “

Sedap suara Que mendendangkan lagu ini. Penuh penghayatan namun senyuman tetap terukir di bibir. Hati Abang Jamil tengah berbunga-bunga sekarang. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk Que dan Fazura. Moga persahabatan mereka tu berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok inairus99, Tiktok Manusia Jadian 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak