Connect with us

Artis / Selebriti

” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

Diajukan soalan mengenai sekiranya ada jodoh dengan Fazura, jawapan Que Haidar buat ramai kagum. Bagus jawapan Que ni, sangat matang.. 

Keakraban antara Que Haidar dan Fazura semakin menjadi buah mulut ramai. Bermula dengan rakan sekerja untuk Jakel, pasangan ini mula dikenen-kenenkan oleh warganet. Ramai juga yang suka melihat gandingan Que dan Fazura setelah melihat pasangan ini sering live bersama di Tiktok.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual wartawan bersama Que. Soalan cepu emas mengenai Fazura diajukan kepada aktor yang popular dengan gelaran Abang Jamil ini.

Ketika ditanyakan pandangan Que mengenai Fazura, Que memuji Fazura seorang yang baik dan matang. Tambah Que lagi, Fazura bukan sahaja baik tetapi menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Fazura juga seorang yang peramah dan rakan yang bagus.

Que juga ditanyakan sekiranya dirinya ada jodoh dengan Fazura. Jawapan Que yang matang dan penuh ketegasan membuatkan warganet kagum. Que tahu cara untuk menjawab dengan bijak. Jawapan Que ini dipuji oleh warganet dan pastinya Fazura sendiri akan tersenyum mendengar jawapan rakan sekerjanya ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Que pun matang, cara bercakap pun tegas dan bijak. sesuai sangat.. Kalu Yamma Ok! Fazzz pun Ok tu.. que pun pandai ambik hati yamma.. “

” Oklah..sebab Faz pun memang nak kahwin lagi sebab nak anak lagi..mana tau jika kahwin nanti dapat baby boy…q pun xde anak laki-laki.. sesuai panggil abg sebb memang q tua dari Fazura.. “

” Suka dengar jawapan Que ni. jawapan yang matang dan menyenangkan hati semua orang. andai ada jodoh tak salah pun. semuanya Allah yang atur.. “

” Kalau ada jodoh biarlah.. semua org berhak bahagia. jawab lah saya memang nak Faz, kami tunggu jawapan tu bang que.. “

” Very wise answer dan bijak la masya Allah.. tak terkejut kalau faz boleh jatuh hati dengan que ni. que matang dan sangat memahami. good listening dan sekufu dengan faz.. “

” Wah maturednya cara dia jawab.. Sebab tu dia bercerai pun takda media sense. dah 3 bulan baru dia cerita.. Dia ni suka Faz aku rasa…tak nampak mcm marketing pn dr awl dia try..nampak mcm genuine hahahah.. “

” Alhamdulillah. Que ni seorang yg berpendirian, tegas n positif. Dye faham agama. Cara dye bercakap sangat matang n baik orangnya.. “

Betul kata Que itu, jodoh, ajal, ma ut semuanya tidak boleh kita kawal sebagai manusia. Segalanya sudah ditetapkan oleh Allah dan sebagai hambaNya, Que menurut sahaja takdir Allah. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Que dan Fazura. Jika tidak sebagai jodoh, moga persahabatan ini berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak